Jika sebelum ini Vivo hanyalah sekadar jenama yang berpengaruh serta mengeluarkan smartphone canggih dengan harga mampu milik, kini Vivo sudah berjaya menjadi trendsetter dengan pengeluaran smartphone pertama dengan fingerprint scanner diatas skrin.

Melalui teknologi yang dikenali sebagai ‘Vivo In-Display Fingerprint Scanning Technology’, pengguna berpeluang ‘unlock’ smartphone mereka hanya dengan menggunakan jari secara terus diatas skrin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vivo fingerprint
Sumber: CNET

Lebih menarik teknologi ini turut membantu untuk menghasilkan sebuah smartphone bezelless tanpa perlu mengharapkan kepada tempat pengimbas jari seperti sebelum ini.

Kami jangkakan teknologi ini bakal digunakan secara meluas pada tahun ini selepas pengeluaran rasmi daripada Vivo. Kemungkinan besar teknologi seperti ini akan diperkenalkan pada model flagship terbaru yang bakal diumumkan OnePlus iaitu OnePlus 6. Tonton video dibawah untuk mengetahui bagaimanakah teknologi ini berfungsi.