Baru-baru ini, gempar di media sosial apabila media luar negara melaporkan tentang cincin berlian bernilai lebih $800,000 (~RM3.73 juta) milik seorang ahli perniagaan dari Malaysia didakwa dicuri di sebuah hotel di Paris.

Namun selepas beberapa hari, pihak hotel keselamatannya berjaya menemui cincin berkenaan di dalam beg pembersih hampagas. Sejak itulah, orang ramai mula berteka-teki siapakah gerangan yang dimaksudkan di dalam laporan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, nama ahli perniagaan terkenal, Datin Vivy Yusof menjadi perhatian apabila ada yang mendakwa beliau terpalit dengan kes kehilangan cincin berlian tersebut.

Sumber Gambar: IG @vivyyusof
Sumber Gambar: IG @vivyyusof
Sumber Gambar: IG @vivyyusof

Menerusi pelbagai platform media sosial, nama beliau menjadi sebutan kerana pengasas tudung dUCK itu sering dilihat melancong ke luar negara dan memiliki gaya hidup yang mewah. Tidak kurang juga ada yang memberi komen tosik terhadap beliau.

Tanpa berdiam diri, beliau tampil memberi respons menerusi IG Story sebentar tadi berhubung dakwaan berkait dengan kes ahli perniagaan hilang cincin bernilai RM3.73 juta di Paris.

Difahamkan beliau ketika ini sedang menikmati percutian di Pulau Pinang sahja. Bagi beliau, dakwaan tidak berasas itu adalah sesuatu yang melucukan.

Sementara itu, beliau juga terfikir betapa mudahnya kita sebagai manusia mempercayai apa-apa yang kita baca dan lebih teruk lagi apabila membuat konklusi lalu terus menyerang individu yang salah.

Bahkan, beliau meluahkan ini perkara yang dihadapi selama bertahun-tahun. Tambahnya lagi, ini adalah sisi lain dalam media sosial yang boleh memecah belahkan kemanusiaan kerana sikap prasangka yang menular.

Sumber Gambar: IG @vivyyusof

Menerusi gambar baharu yang dikongsikan, ramai pengguna Instagram kini sudah jelas bahawa beliau bukanlah individu yang dimaksudkan di dalam berita yang tular baru-baru ini.

Ada pengguna lain juga berseloroh mengatakan sudah boleh agak dakwaan itu tidak logik dan berharap agar orang ramai tidak menuduh dan membuat komen toksik terhadap beliau lagi selepas penjelasan yang telah diberikan.