Nama usahawan terkenal, Vivy Yusof menjadi sebutan semula memuat naik status di Instagram Story baru-baru ini selepas mengingatkan orang ramai untuk bersedekah di penghulu hari.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai apabila dia meluahkan hasratnya mahu membangunkan sebuah aplikasi dalam memudahkan urusan sedekah kepada mereka yang memerlukan.
“Sementera itu, saya mahu membangunkan aplikasi untuk bantu memudahkan urusan sedekah antara seseorang dan badan kebajikan atau mereka yang memerlukan.
“Ada sesiapa yang boleh bantu saya bina aplikasi berkenaan? Atau sesiapa yang berpengalaman di dalam bidang ini?”, soalnya kepada pengikut.

Perkongsian status itu menjadi perbualan hangat di platform X susulan dikongsikan semula oleh seorang pengguna dan menerima pelbagai reaksi berkenaan hasratnya tersebut.
Sebahagian netizen merasakan ada baiknya dia mendiamkan diri buat masa ini memandangkan terpalit dengan kes isu pecah amanah jutaan ringgat pada ketika ini.
Ada pula yang memberi sokongan ke atas usaha murni usahawan terkenal itu dalam memudahkan urusan sedekah.
Bagaimanapun, ada yang merasakan lebih baik wang disalurkan terus kepada badan zakat atau yang dipercayai untuk mengagihkan sedekah di saluran yang tepat.