Seorang vlogger dari India sanggup terbang kira kira 5,000 kilometer dari negaranya untuk bertemu dengan wanita yang menjadi kenalannya di media sosial.

Vlogger itu seringkali berinteraksi dengan wanita Indonesia tersebut di dalam platform media sosial dan percaya ada sesuatu istimewa antara mereka.

Akhirnya dia memutuskan untuk datang melawat wanita itu, dan sudah tentunya wanita tersebut mengalu alukannya. Namun dia ternyata ada rancangan lain, di mana dia mahu melamar wanita itu.

Ketika bersemuka dengan wanita tersebut, dia mengeluarkan cincin lamarannya dab bertanya: “Bolehkah kamu mengahwini saya?”

Awalnya wanita itu terpinga pinga dan kurang jelas. Selepas wanita itu mengerti apa yang dikatakan vlogger itu, tanpa berfikir panjang wanita itu terus berkata: “No”.

Vlogger itu kemudian menerima penolakan itu dan menyatakan bahawa wanita itu menolaknya kerana hanya berkahhwin sesama lelaki sama suku sahaja.

Netizen simpati dengan lelaki India tersebut. Malah ada yang menasihati lelaki itu agar lebih realistik sebelum melamar  seseorang itu. Ini kerana dia baru kenal perempuan itu hanya di media sosial dan terus nak ajak kahwin.

Pada masa  yang sama menyatakan bahawa, wanita itu dari suku kaum Baduy, yang sangat ‘rare’ di Indonesia. Mereka juga menegaskan bahawa wanita ini daripda puak Baduy luar yang lebih terbuka kepada  dunia luar.

Jika Baduy Dalam mereka lebih tertutup kepada dunia luar  dan kurang terdedah dengan perkara seperti media sosial.