Anda yang membesar tahun 2000 pasti sangat mengenali kumpulan My Chemical Romance (MCR). Kumpulan ini berpecah secara rasmi pada tahun 2013 dan ramai yang bersedih dengan perpecahan kumpulan rock ini.

Setiap ahli kumpulan MCR kemudiannya bergerak secara sendiri dan ada yang turut membuat kumpulan muzik mereka sendiri. Bagi penyanyi MCR, Gerard Way turut bergerak secara solo selepas perpecahan kumpulan ini tetapi beliau kini lebih selesa menghabiskan masanya berkarya untuk DC Comics. Antara komik DC yang ditulisnya adalah untuk siri Doom Patrol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BYwTlW_APLZ/?hl=en&taken-by=gerardway

https://www.instagram.com/p/BgChRamAJLv/?taken-by=gerardway

Namun awal tahun ini, channel MCR di YouTube memuat naik beberapa video never seen before MCR yang membuatkan peminat setia mereka teruja memikirkan kemungkinan kumpulan ini akan kembali bergabung. 3 bulan kemudian, masih tiada berita rasmi kumpulan ini akan kembali.

Selepas tidak lagi bersama MCR, Gerard Way lebih gemar hidup secara low profile dan jarang dilihat keluar ke majlis-majlis besar. Namun, untuk mengubati rindu peminat beliau, Gerard telah berkongsi gambar selfie rupa paras beliau yang terkini. Gerard sudah mencecah usia 41 tahun ini.

Gambar yang dikongsi beliau ini mendapat lebih 11,000 perkongsian di Facebook dan 300,000 likes di Instagram. Pemain bass yang juga adik kepada Gerard, Mikey Way turut memberi komen kepada gambar terbaru abangnya ini.

Nyata peminat tegar MCR masih merindui kumpulan muzik hebat ini. Tanpa MCR, tidak mungkin Times Square Kuala Lumpur meriah sekitar tahun 2000-2010 dahulu. Ramai berharap berita mereka akan kembali bergabung bukan hanya sekadar khabar angin.

Jika MCR membuat satu tour dunia buat kali terakhir, kami semestinya akan memberi sokongan kepada konsert kumpulan MCR ini. Siapa yang pernah jadi ’emo’ dan lepak di Times Square satu ketika dahulu?