Hospital di China dibanjiri dengan kanak-kanak yang jatuh sakit apabila wabak radang paru-paru menyerang seluruh negara. Laporan ProMed mendakwa, sistem pengawasan yang memantau wabak penyakit pada manusia dan haiwan di seluruh dunia, mengeluarkan pemberitahuan mengenai laporan wabak “pneumonia tidak didiagnosis” pada kanak-kanak di China.

Akibat situasi ini, hospital di ibu kota Beijing dan Liaoning mengalami kepadatan pesakit selepas dibanjiri kanak-kanak yang memerlukan rawatan kecemasan melibatkan radang paru-paru misteri. “Terdapat begitu ramai orang yang dirawat di hospital,” kata Wei, seorang penduduk Beijing. “Mereka tidak batuk dan tidak menunjukkan simptom. Mereka hanya mengalami suhu tinggi (demam) dan ramai yang mempunyai nodul paru-paru.”

Dalam nota editornya, ProMed berkata, “Laporan ini menunjukkan wabak penyakit pernafasan yang tidak didiagnos secara meluas… Tidak jelas sama sekali bila wabak ini bermula kerana adalah luar biasa apabila ramai kanak-kanak mendapat penyakit ini dengan begitu cepat. Laporan itu tidak menyatakan bahawa terdapat [pesakit dari kalangan] mana-mana orang dewasa.”

Amaran itu menambah bahawa maklumat yang lebih diperlukan untuk menentukan punca dan tanda-tandanya.

Pakar mengesyaki wabak itu mungkin ada kaitan dengan Mycoplasma pneumoniae atau dikenali sebagai “radang paru-paru.” Penyakit ini pernah merekodkan peningkatan apabila China memasuki musim sejuk pertama tanpa melaksanakan perintah berkurung yang ketat terhadap Covid-19.

Gejala radang paru-paru – yang biasanya memberi kesan kepada kanak-kanak dengan gejala termasuk sakit tekak, keletihan dan batuk yang berterusan. Gejala ini boleh bertahan selama beberapa minggu atau bulan.

Bulan lalu, media tempatan melaporkan bahawa hospital di seluruh China menyaksikan peningkatan jangkitan, dengan kes kebanyakannya muncul di sekolah dan tadika.

“Ini adalah gelombang pertama jangkitan Mycoplasma pneumoniae sejak kebanyakan langkah kawalan Covid-19 ditarik balik pada awal tahun ini,” Zhou Huixia, pengarah pusat perubatan kanak-kanak di Pusat Perubatan Ketujuh Hospital Besar PLA China.

“Gelombang ini kelihatan sangat ganas sejak cuti Hari Kebangsaan pada awal Oktober lalu,” katanya.

“Berbanding tahun-tahun sebelumnya, kami menemui lebih ramai pesakit dengan jangkitan campuran, rintangan dadah dan radang paru-paru.”

Beliau menambah bahawa gelombang jangkitan yang “tinggi” dijangka memuncak pada bulan November, dan mungkin bertepatan dengan peningkatan penyakit pernafasan berjangkit lain. Beliau juga mendedahkan bahawa pada masa itu jumlah penyakit ini boleh dikurangkan dengan kawalan pergerakan.