Masa depan pengiklanan digital luar (DOOH) di Malaysia kini semakin rancak dengan penampilan wajah baharu CuBig @ KLCC Junction.

Big Tree, sebagai peneraju industri pengiklanan luar di negara ini, baru sahaja menaik taraf aset ikoniknya ini, menjadikannya platform yang lebih canggih dan menarik.

Papan iklan digital yang sentiasa menjadi tumpuan di ibu kota ini kini dilengkapi dengan skrin premium yang bukan sahaja menawarkan paparan warna yang lebih terang, tetapi juga prestasi visual yang jauh lebih menakjubkan.

Langkah ini sememangnya mengukuhkan lagi status CuBig @ KLCC Junction sebagai pilihan utama jenama besar untuk menyampaikan mesej kreatif mereka kepada orang awam.

Lebih membanggakan, penambahbaikan ini berjaya menarik perhatian gergasi teknologi global, Samsung, untuk memilih CuBig @ KLCC Junction sebagai medium utama bagi pelancaran siri Galaxy Z mereka.

Wajah Baharu CuBig @ KLCC Junction: Revolusi Pengiklanan DOOH 3D Bersama Samsung

Melalui acara Galaxy Unpacked, Samsung mengambil langkah berani dengan tidak hanya menyiarkan video promosi, malah memanfaatkan sepenuhnya kehebatan skrin baharu ini dengan membina struktur fizikal 3D berskala besar yang menyerupai reka bentuk Galaxy Z Fold8.

Gabungan skrin digital yang tajam bersama paparan 3D yang seakan hidup ini telah berjaya mencipta satu pengalaman luar biasa yang pasti sukar dilupakan oleh mereka yang menyaksikannya.

Transformasi ini menjadikan CuBig @ KLCC Junction lebih daripada sekadar sebuah papan iklan biasa. Ia kini berfungsi sebagai platform berbilang dimensi yang mampu memecahkan tradisi pengiklanan konvensional.

Kelebihannya juga terletak pada lokasi yang sangat strategik, iaitu di persimpangan sibuk antara Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, dan Jalan P. Ramlee.

Kawasan ini merupakan laluan utama bagi golongan sasaran yang merangkumi pemimpin korporat, pengguna berpendapatan tinggi, serta pelancong antarabangsa.\

Secara langsung, ini membantu jenama seperti Samsung untuk memacu minat pengguna dan merangsang niat pembelian dengan lebih berkesan.

Menariknya, pemilihan skrin untuk penaiktarafan ini adalah menggunakan teknologi daripada Samsung itu sendiri. Ini menjadikan kempen pelancaran global mereka di CuBig @ KLCC Junction sebagai detik yang sangat bermakna dan tepat pada masanya.

Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada Samsung untuk membuktikan sendiri kualiti inovasi visual mereka di atas sebuah medium yang menjadi kebanggaan Big Tree.

Sinergi antara teknologi canggih dan lokasi premium ini menghasilkan impak maksimum yang pasti diidamkan oleh mana-mana jenama.

Kini, dengan gabungan teknologi skrin terkini, lokasi yang tiada tandingan, dan potensi paparan 3D yang memukau, CuBig @ KLCC Junction sedia menanti untuk membawa kempen pengiklanan ke tahap yang berbeza.

Hal ini sekaligus telah membuktikan kebolehannya sebagai pentas utama buat jenama antarabangsa mencipta impak yang mendalam, sekaligus memberikan inspirasi kepada pemain industri lain untuk turut mencipta detik yang bermakna dan luar biasa.