Sewaktu PKP dahulu, nama ‘Sugu Pavithra’ terkenal menjadi carian warganet untuk melihat video beliau memasak. Bagaimanapun, Sugu memilih untuk ‘menyepikan diri’ tidak lama selepas itu.
Terbaharu, netizen sudah mula memberi perhatian kepada Nisha Thokku, seorang lagi pencipta konten masakan di media sosial.
Baca Juga:
- Pernah Terkenal Masa PKP, Netizen Tertanya-Tanya Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube
- ‘Sugu Pavithra’ Terima Anugerah Daripada YouTube, Disambut Meriah Bersama Keluarga
Beliau mula dikenali melalui sebuah video memasak ‘Sardin Kicap’ dalam Bahasa Tamil yang dimuat naik di TikTok pada pertengahan Disember tahun lalu.
@nishathokku SARDINE KICAP ❤️❤️❤️ #nishathokkucustomerfeedback #nishathokkureview #indianfoodlover #tamilan #thrraaga #FreeYondOpen #astroulagam #foryoupage #foryou #indianfood #iddly #malaysia #thokku #nishathokku #nishahomemadetokku #nishaflavoriddly #strawberry #strawberryflavor #strawberryiddly #pandaniddly #coklatiddly #idli #nishaiddly#singporeindian #malaysiaindian #malaysia #singpore #malaysiatiktok #singporetiktok #myfoodie #foodlover #indianfoodlover #viral #trending #fyp #nishahomemadethokku #nishatokku #nishathokku #foryou #foryoupage #supportsmallbusiness #onlinebusiness #workfromhome #onlinebusiness#indianstreetfood #indianfood #indianfoodlover #indianfoodblogger#pudina #pudinathokku #myfoodiemalaysia #myfoodie #asmrfood#cookingwithnisha #myfoodiemalaysia#sardine #sardinekicap
Walaupun berbahasa Tamil, video tersebut telah meraih lebih 1.7 juta kali tontonan. Rata-rata yang menonton video itu adalah pengguna TikTok berbangsa Melayu.
Menerusi satu temu bual Nisha bersama Harian Metro, Nisha yang juga ibu kepada tiga anak tidak menyangka video berkenaan meraih tontonan tinggi kerana sudah dua tahun berkongsi rutin memasak iaitu sejak awal berniaga dalam talian, namun baru kini mendapat perhatian ramai.
Video masak sardin kicap yang sedang viral. Istimewa pasal video oleh Nisha ini ialah dia masak sambil bercakap dalam bahasa Tamil tetapi ramai yang tonton adalah orang Melayu. Rata-rata puji masakannya.
P/s: Video asal dalam bahasa Tamil boleh ditonton di Tiktok nishathokku. pic.twitter.com/mre0CCk95q
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) February 27, 2024
Menurutnya, sebelum ini beliau tidak pernah buat video walaupun suka makan dan selalu masak di rumah untuk suami serta anak
“Tapi disebabkan menjual sambal tumis (thokku) dan tepung idli dihasilkan sendiri secara dalam talian maka saya buat video kerana niatnya nak cari orang suka makan dengan harapan mereka yang menonton sokong perniagaan saya.
“Tak sangka pula dalam banyak perkongsian, video sardin masak kicap itu dapat tontonan tinggi sampai nak menangis baca komen kerana semuanya positif dan ramai dalam kalangan orang Melayu,” jelas beliau.
Sebagai peminat bawang, aku suka resipi ni. Will cook! 😋 https://t.co/DVjBmWZDqC
— álìā in the indomitable human spirit phase (@thicksaladroll) February 27, 2024
Ni dah mcm resipi sardin bawang tp nampak sedap jugak https://t.co/8VYBZGSlER
— จักรพรรดิ (@MalequeArrasyid) February 27, 2024
Menurut Nisha, hidangan dikongsikan di TikTok kebanyakannya adalah makanan kegemarannya serta seisi keluarga.
“Sardin masak kicap itu kegemaran saya, malah anak dan suami pun suka. Cuma sebelum ini saya berceloteh dalam bahasa Tamil, tapi ramai pengikut minta saya buat video dan bercakap dalam bahasa Melayu.
“Jadi, saya cuba walaupun tak fasih sangat sebenarnya dan selepas baca komen, saya gembira kerana ramai yang suka dan minta saya kongsi lebih banyak video memasak serta resipi.
“Sebenarnya apabila ada mula menyapa serta ajak bergambar apabila berada di luar sampai panggil saya kakak sardin kicap,” katanya kepada Harian Metro.