Azri Iskandar masih mengidam watak utama atau hero dalam filem walaupun usianya sudah lanjut. Usia bukan penghalang baginya untuk menjayakan watak utama dalam sesebuah filem.
Azri Iskandar yakin bahawa dia masih boleh menjadi hero dalam sesebuah filem.
Baca Juga:
- Pelakon Bollywood, Irrfan Khan Meninggal Dunia Pada Umur 53 Tahun
- Shah Rukh Khan Tolak Kemungkinan Hasilkan Siri ‘Money Heist’ Versi Bollywood
- Kaka Azraff Anggap Ini Jihad Kecil Beliau, Tuntut Warner Music Malaysia Nyatakan Alasan Penamatan Kontrak
Azri Iskandar bukan nama asing dalam dunia seni lakonan tanah air. Dan dia juga sangat berbakat.
Lantas dia menantikan tawaran untuk menjadi hero dalam sesebuah filem.
Hal ini kerana menurut Azri Iskandar, di Bollywood, pelakon pelakon yang pada usianya lah yang bergelar hero utama dalam sesebuah filem.
Walaubagaimanapun, Azri Iskandar tidak akan memilih mana mana watak yang ditawarkan kepadanya. Walaupun watak itu bukan watak hero sekalipun.
Dipetik dari portal Beautifulnara, Azri Iskandar memberikan contoh hero yang sudah berusia di Bollywood seperti Shahrukh Khan, Salman Khan dan Amir Khan.
Dia berkata: “Di Bollywood, orang umur macam sayalah yang membawa watak hero. Misalnya Amir Khan, Shah Rukh Khan dan Salman Khan.”
Azri Iskandar pastinya ada hujah dalam perkara itu. Kerana 3 hero tersebut terus aktif menjadi hero di Bollywood. Misalnya Shah Rukh Khan yang baru sahaj keluar dengan naskah Jawan.
Shah Rukh Khan's Daddy Of All Action hero#Alpha to sher ka baccha tha #VikramRathore khud sher hai ..🔥🔥#ShahRukhKhan𓀠 #Pathaan #Jawan #Dunki pic.twitter.com/6ZspieW1uZ
— ROLEX.. (@Raj_SRKian786) December 3, 2023
Namun Azri Iskandar akur tentang peranan hero yang kurang ditawarkan kepada pelakon yang sudah berusia sepertinya. Yang ada hanyalah watak sebagai ibu bapa yang menurutnya orang tidak begitu ambil pusing sangat pun.
“Sekarang dah tiada. Yang ada pun watak ayah, di Malaysia, faham faham je lah watak ayah ni orang tak berik perhatian sangat. Dan jadi kategori pembantu sahaja.”