John Cena bukan satu nama yang asing di dunia ini, mula dikenali sebagai pengusti profesional WWE. Kemudian melebarkan karier menjadi seorang pelakon filem, lebih-lebih lagi sebagai watak Jakob Torentto, adik kepada Dom Torentto dalam The Fast Saga.

Dengan karier yang semakin berkembang, John dilaporkan memiliki jumlah aset bersih bernilai USD80 juta (RM363 juta) bagi tahun 2023.

Artikel Berkaitan:

Walaupun memiliki kekayaan sebanyak itu, dalam satu sedutan wawancara Whiskey Gigner Podcast, John mendedahkan beliau memilih sebuah Honda Civic FK8 Type R 2020 dijadikan sebagai kereta hariannya.

@functionandform

@johncena drives a Civic Type R! 👌❤️🚗💨 clip from Whiskey Gigner Podcast #civictyper #fk8typer #johncena #hondaboys

♬ original sound –

“Kereta harian saya adalah Civic Type R 2020. Ia mempunyai teknologi, transmisi manual dan boleh dipercayai. Kereta itu sangat stabil dan mempunyai 3-pedal.

“Memandu pada kelajuan 145, ia masih stabil. Ia mempunyai tempat duduk belakang untuk membawa orang lain bersama,” terang John.

Beliau juga membanding kereta itu dengan model Lamborghini Countach. John menyatakan kereta itu lebih sukar untuk dikawal dan sering berada di bengkel untuk membaiki beberapa masalah yang sering berlaku.

Menurut John, beliau mahukan sebuah kereta yang boleh membawanya berjalan untuk sesuatu jarak, sekurang-kurangnya 16 kilometer. Oleh sebab itulah beliau memilih kereta buatan Jepun itu.

Dalam pada itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton bagaimana John Cena sanggup bermatian-matian melindungi Brian Marcos, anak kepada Dom ketika bertempur dengan Dante Reyes dalam filem FAST X yang kini ditayangkan di panggung wayang seluruh negara.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.