Wan Kuzain berhasrat untuk menjadi pembuka pintu kepada pemain Malaysia yang lain untuk beraksi di Amerika Syarikat.

Dalam satu temu bual bersama MLS Next Pro, Kuzain berkongsi pengalaman beliau sebagai antara pemain keturunan Malaysia beraksi di liga bola sepak Amerika.

Baca Juga:

Wan Kuzain Harap Lebih Ramai Pemain Malaysia Beraksi Di Amerika

“Saya mewakili sejarah pemain keturunan Malaysia pertama yang beraksi di MLS. Itu warisan saya, sejarah saya.

Wan Kuzain
Wan Kuzain

“Dulu semasa kanak-kanak atau remaja, saya sedikit malu mengenai perkara itu. Tetapi kini dah dewasa, itu merupakan satu perkara yang saya amat bangga.

“Saya berharap dapat membuka pintu untuk pemain lain untuk beraksi di sini. Kalau saya boleh buat, yang lain pasti boleh buat,” katanya.

Wan Kuzain
Kuzain

Sebagai rekod, Kuzain menjadi pemain keturunan Malaysia pertama yang menjaringkan gol dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Peminat masih lagi menunggu saat Kuzain menyarung jersi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Wan Kuzain
Wan Kuzain

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin dimana Kuzain akan menyertai Malaysia selepas pulih dari kecederaan.