Tumpuan pemain badminton ternama beralih ke Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 yang akan bermula esok di Ningbo, China.

Mempunyai status sama seperti gred 2 kejohanan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), BAC 2025 menampilkan pemain-pemain terbaik benua Asia untuk memburu kejuaraan.

Baca Juga:

Seperti dilaporkan, kejohanan tahunan ini bakal menampilkan pemain-pemain seperti Shi Yu Qi, Jonatan Christie, Kunlavut Vitidsarn, Chen Yu Fei, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dan ramai lagi.

Selain itu, kejohanan ini turut menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai yang menarik.

Seperti kebiasaan, wang tunai tidak hanya diberikan kepada para pemenang tetapi semua pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Asia 2025 akan mendapat ‘saguhati’.

Hadiah Kejohanan Badminton Asia 2025

Tewas di pusingan pertama

Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $500 (kira-kira RM2,233.03) bagi semua acara dipertandingkan.

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,500 (RM6,699.12).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,625 (RM7,257.07).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $2,750 (RM12,281.19) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,125 (RM13,955.62).

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $7,000 (RM31,260.59).

Naib Juara

Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $17,000 (RM75,918.15).

Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $17,500 (RM78,151.04).

Juara

Habuan lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $35,000 (RM156,291.28) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $37,000 (RM165,218.07).