Final Badminton Berpasukan Asia 2024 – Malaysia vs China [18 Februari 2024, 4:00 PM]

Para peminat badminton tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Badminton Berpasukan Asia 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menentang China menerusi saluran yang disediakan di bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Link Siaran langsung:

  1. Astro Supersport (814)
  2. YouTube (STN Sports)

Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming. 

Malaysia hanya selangkah lagi bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu selepas mara ke final.

Kejayaan itu hadir selepas skuad negara mencipta kejutan menundukkan Jepun 3-1 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) semalam.

Ini adalah final ketiga berturut-turut Malaysia selepas turut melakukannya pada edisi 2020 dan 2022.

Pada edisi dua tahun lalu yang berlangsung di venue sama, skuad negara berjaya muncul juara buat kali pertama selepas mengatasi Indonesia 3-0 di pentas final.

Malaysia bagaimanapun berdepan ujian getir bagi mempertahankan kejuaraan apabila dijadual bertemu pilihan pertama, China di pentas final, esok.

China mara ke final selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.