Skuad lelaki Malaysia menepati ramalan mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas berjaya menundukkan Singapura 3-1 pada aksi suku akhir yang berlangsung sebentar tadi.

Beraksi di Setia City Convention Center, Shah Alam, kem negara bagaimanapun tersentak di peringkat awal apabila Ng Tze Yong yang turun selaku perseorangan pertama terpaksa menarik diri ketika kedudukan 1-3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia berikutan kecederaan otot di bahagian belakang dialaminya pada bulan lalu masih belum pulih sepenuhnya ketika Lee Zii Jia juga turut terpaksa diketepikan kerana masalah pernafasan berkaitan gangguan sinusitis.

Pasangan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kembali menyamakan kedudukan hasil kemenangan yang dirakamkan ke atas Loh Kean Hean-Jia Hao Wong 21-11, 22-24, 21-14.

Leong Jun Hao kemudiannya meneruskan rentak cemerlang untuk memberikan mata kedua buat Malaysia setelah meraih kemenangan mudah bertemu Joel Koh Jia Wei 21-8, 21-12.

Mata kemenangan yang membawa skuad negara ke separuh akhir disumbangkan oleh gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani selepas mereka menundukkan Wesley Koh Eng Keat-Junsuke Kubo 20-22, 21-8.

Menanti Malaysia di separuh akhir esok ialah pemenang antara Jepun dan India yang sedang beraksi.

Sementara itu, impian untuk melihat skuad wanita turut melangkah ke separuh akhir BATC 2024 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 ditangan Indonesia, pagi tadi.