Seorang wanita warga emas hilang RM10.4 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan kriptowang yang tidak wujud.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan polis diterima pihaknya daripada mangsa berusia 80 tahun pada Jumaat, petik Buletin TV3.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, mangsa telah membuat 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat yang berbeza.

Mangsa memaklumkan mula menyertai skim pelaburan tersebut setelah dimasukkan ke dalam WhatsApp Group yang mempromosikan skim pelaburan berasaskan matawang kriptowang dikenali sebagai ‘ Accerx.com’.

Tambahnya, melalui WhatsApp Group itu, mangsa berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kriptowang.

Mangsa kemudian diminta untuk membuat bayaran balik setelah pembelian kriptowang tersebut berjaya.

Akibat terpedaya dengan helah suspek, mangsa memindahkan wang berjumlah RM10,455,288.

Wanita warga emas itu mula sangsi dengan kesahihan pelaburan kriptowang tersebut apabila masih diminta untuk membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, JSJK sedang menyiasat 37 kes berkaitan pelaburan Accerx.com yang menawarkan pelaburan bitcoin kepada mangsa sehingga membabitkan kerugian RM20.9 juta, lapor Berita Harian.

Setakat ini, hanya lima syarikat dibenarkan oleh SC untuk menjalankan urusan berkaitan mata wang kripto di Malaysia.

Difahamkan terdapat segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disyaki memanipulasi mangsa jenayah komersial, dengan menawarkan perkhidmatan mewakili mereka untuk mendapatkan semula wang yang ditipu.