Seorang pekerja sektor awam bangga dapat berehat selama 3 jam pada hari Jumaat sambil mendakwa bahawa beliau mendapat jawatan tersebut kerana ada orang dalam.

Dalam sebuah hantara yang tular di media sosial X, tular sebuah gambar di mana seorang wanita memuat naik sebuah video beliau beriadah pada hari kerja di salah sebuah pusat karaoke.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di dalam video tersebut, wanita terbabit memberi sudut pandang bagaimana beliau menikmati hari Jumaat dengan rehat selama 3 jam.

Bagaimanapun, apa yang menjadi masalah adalah beliau dengan bangganya mengaku sebagai pekerja sektor awam dan setiap kali rehat, mereka akan menghabiskan masa di pusat beli belah yang terletak di sebelah pejabat.

Lebih mengecewakan lagi, apabila ditanya bagaimana beliau mohon untuk masuk bekerja di premis kerajaan tersebut, wanita ini dengan bangga mengaku bahawa beliau menggunakan ‘orang dalam’.

Di Malaysia, ‘orang dalam’ bermaksud seseorang itu mempunyai hubungan dengan individu penting bagi memudahkan beliau mendapat apa yang dihajatkan.

Tindakan kurang ‘cerdik’ wanita terbabit telah menyebabkan beliau tular di beberapa media sosial dengan kebanyakan netizen mengkritik beliau.

Difahamkan juga bahawa wanita ini bekerja di Jabatan Perangkaan Malaysia dan kes beliau kini sudah mula sampai ke pihak atasan.