Bila di duduk di dalam kawasan taman perumahan, antara salah satu isu yang sering berlaku adalah ruang parkir yang terhad.

Kena pula sebahagian individu yang memiliki lebih daripada satu kereta lantas perlu mencari ruang parkir tambahan dan ada kalanya sampai sanggup mengambil hak orang lain.

Inilah situasi yang dihadapi oleh seorang wanita yang dipercayai ruang parkir di rumah miliknya telah dicerobohi sewaktu ketiadaan di situ.

Balik nak tengok rumah

Di dalam teks yang dikongsikan pada gambar, dia balik melihat keadaan rumahnya yang mungkin sudah ditinggalkan untuk seketika waktu.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi, kelihatan sebuah kereta waja berwarna kelabu yang sudah memenuhi ruang parkir rumahnya.

Masuk tanpa keizinan

Dia menyimpulkan bahawa jirannya dengan sengaja menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah iaitu membuka pagar dengan sesuka hati untuk meletakkan kenderaan tersebut.

Susulan itu, dia langsung menggunci pagar rumah berkenaan dan hanya akan membukanya apabila dia dalam keadaan terluang.

“Kalau dipotong kunci tu aku akan report polis,” tegasnya.

jiran
Sumber Gambar: TikTok

Di dalam kapysen pula, dia meluahkan rasa ketidak puasan hati bagaimana jirannya dengan selamba mencerobohi kawasan kediaman tanpa izin meskipun tidak diduduki olehnya.

Dalam pada itu, perkongsian wanita itu langsung mengundang pelbagai reaksi dari kalangan netizen.

Ada yang melihat tindakan wanita itu adalah wajar memandangkan dia merupakan pemilik mutlak rumah tersebut dan berhak marah kerana ruang parkir telah diambil tanpa izin.

Sementara yang lain meminta dia untuk berbincang dan ada juga yang menjadi enabler dengan menganggap ia sebagai adat berjiran dan tidak salah berbuat sedemikian.