Setiap daripada kita pasti pernah melalui zaman kanak-kanak di mana terlupa atau takut meminta baki kepada peniaga di kantin kerana ingatkan memang harganya sebegitu.
Namun, seorang wanita menerusi akaun X meluahkan ketidak puasan hati selepas didakwa peniaga kantin kerap tidak memulangkan semula wang baki pelajar yang berlaku sesebuah sekolah baru-baru ini.
Difahamkan kegiatan penipuan itu berlaku ketika proses memulangkan baki wang kepada kanak-kanan terbabit.
Menurutnya lagi, kes baki duit anak yang tidak dipulangkan oleh peniaga terbabit sering terjadi kepada murid sekolah lain juga yang datang membeli di kantin berkenaan.
Lebih membangkitkan kemarahan apabila pihak sekolah dikatakan bukan sahaja tidak mengambil tindakan tegas bahkan mempertahankan peniaga di kantin itu pula.
“Bayangkan sehari bagi RM5, dapat makan satu paket kentang yang ada 10 jejari kentang? Masuk mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ketua-ketua ni nak perhalusi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).
“Nak kumpul duit ibu bapa RM10 sebulan untuk penyelenggaraan, nak lancarkan aplikasi transaksi tanpa tunai dan akhirnya ada yang cakap ibu bapa kena didik anak-anak,” katanya.
Tambahnya, walaupun perkara ini tidak berlaku pada anaknya, dia sebagai wakil kepada para ibu bapa menggesa pihak sekolah untuk meneliti semula pengambilan peniaga untuk melakukan operasi di kantin sekolah.
Wanita itu turut menyarankan kepada pihak sekolah untuk menukar kakitangan kantin sekiranya mendapati mereka melanggar peraturan atau melakukan kesalahan sepanjang pengoperasian.
“Isu ini masalah makcik kantin kan. Menipu budak-budak dah banyak kali, itu belum kes marah-marah. Kenapa nak drag jauh sangat. Ada minta sales report dari kantin?
“Ada hantar surat amaran? Kalau kantin tak competent, tak perlu operasi, bagi orang lain,” tulisnya.
Susulan itu, siap ada individu yang mengatakan tidak perlu memperhangatkan isu tersebut kerana boleh mengganggu periuk nasi orang lain.
Selain itu, dia juga mendakwa bahawa peniaga di kantin sekolah kebangsaan terutamanya tidak mempunyai apa-apa sijil berkaitan pengurusan makanan mahupun membuat audit bagi setiap jualan.
Hal ini menjadikan mereka merasa sangat selesa dan boleh terus melakukan kesalahan kerana tidak dipantau oleh pihak berwajib. Berbeza dengan SJKC dan sekolah antarabangsa yang mana perlu melalui proses yang panjang sebelum boleh menjual makanan atau minuman kepada pelajarnya.
Dia mendakwa perkara ini sudah berlaku sejak beberapa bulan lalu namun masih belum ada tindakan daripada pihak sekolah berkenaan.