Seorang peniaga air balang, Arsyalieza Arsad, 42 — lebih mesra dipanggil Kak Lom — mencuri tumpuan ramai apabila sanggup membida sebanyak RM23,000 demi mendapatkan dua tapak yang dianggap idaman di bazar Ramadan terkemuka tempatan iaitu Bazar Ramadan Kota Putera, Besut, Terengganu.
Menurut Kak Lom, dia berpuas hati kerana ternyata pelaburan itu memberikan pulangan yang lumayan.
Selain itu, harga bidaan tersebut menggambarkan persaingan sengit dalam kalangan peniaga kecil yang mahu mengaut rezeki semasa bulan puasa, terutamanya di lokasi-lokasi strategik yang mendapat trafik tinggi pengunjung.
Dipetik daripada BH Online, Kak Lom berkata: “Tahun ini, persaingan mendapatkan tapak bazar Ramadan agak sengit. Malah sejak awal lagi, tular isu peniaga menyerbu MDB [Majlis Daerah Besut] untuk berebut membeli borang permohonan tapak bazar Ramadan.”
Kak Lom yakin dengan strategi melaburkan wang yang besar pada tapak ramadan strategik tersebut akan memberikan pulangan.
Tapak yang dipilih berada di lokasi yang strategik — dipercayai menjadi laluan ramai pengunjung bazar untuk membeli juadah berbuka puasa.
Asalnya tapak bazar ramadan tersebut, nilai bidaan bermula RM1,000.00 untuk 4 tapak pertama. Dan perkara itu sudah dilaksanakan sejak dahulu
Kak Lom mendapat tahu bahawa tapak tersebut dibida sehingga RM6,000 sebelum ini.
Tahun ini angka itu mencecah lebih RM10,000 kerana dianggap kawasan ‘panas’ dan sangat strategik.
Arsyalieza menambah: “Sebenarnya, hanya dua pembida berusaha mendapatkan tapak terbabit, iaitu saya dan seorang lagi yang sudah empat tahun berniaga di lokasi itu sebelum ini.”
Arsyalieza akhirnya berjaya membida 2 tapak di Bazar Ramadan tersebut dengan harga masing masing RM10,000 dan RM13,000.00.
Dia menjual air balang di tapak tersebut. Dan kini variasi air balang yang dijual oleh Arsyalieza mencecah 40 jenis kesemuanya yang dijual sekitar RM3 sehingga RM5.