Seorang wanita ditemui maut di dalam sebuah kereta jenis Myvi akibat keracunan gas monoksida ketika bersama rakan lelakinya di sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan, lapor Utusan Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tiada unsur jenayah ke atas mangsa berusia 20 tahun yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam kereta tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hasil bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati kematian mangsa berpunca daripada keracunan monoksida.

Rakan lelaki mangsa yang sebaya itu kini sedang menerima rawatan di Hospital yang sama.

Difahamkan bahawa arwah anak sulung daripada enam beradik keluar dari rumah pada jam 6.45 pagi untuk ke pusat pengajian dan pulang ke rumah sewanya di Kok Lanas.

Ujarnya, tiada sebarang kelakuan pelik yang ditunjukkan oleh arwah anaknya yang pulang bercuti di rumah sejak hari Khamis lalu.

Sumber