Awal pagi hari ini tular kisah seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa duit sebanyak RM30,000 di dalam akaun Tabung Haji (TH) lesap secara tiba-tiba.

Bagaimanapun hasil siasatan dilakukan Lembaga Tabung Haji mendapati dakwaan seorang pendepositnya kerugian lebih RM30,000 selepas wang dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain, adalah tidak benar.

Baca Juga:

Memetik laporan Berita Harian, Bahagian Komunikasi Korporat TH berkata, ini kerana wang yang dikeluarkan daripada akaun TH pendeposit itu sebenarnya dimasukkan ke dalam akaun bank milik wanita itu sendiri.

“Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan media hari ini, siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah daripada akaun TH pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri,” katanya.

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain dan dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018.

Datuk Jabidah Monseri, 66, yang bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 2017, menyedari kehilangan wang itu pada 30 November tahun lalu apabila terjumpa semula buku akaun dan mengemaskini akaun itu di pejabat TH di Kuching.

Bagaimanapun beliau terkejut sebaik semakan dibuat menunjukkan akaunnya hanya berbaki RM1,816.74, sedangkan wang dalam akaun itu sepatutnya lebih RM31,000.

Sumber