Setiap pagi jam 4:00, Racheal Kaur sudah bangun, bersiap sebelum memulakan perjalanan ke tempat kerja menaiki pesawat.

Ya, wanita dari Penang ini terbang ke Kuala Lumpur setiap hari untuk bekerja sebagai Penolong Pengurus di AirAsia.

Kebanyakan orang mungkin akan memilih untuk menyewa rumah atau tinggal di bilik sewa berdekatan tempat kerja jika jaraknya terlalu jauh.

Penang

Namun bagi Racheal, keputusan untuk terbang pergi dan balik dari Penang ke Kuala Lumpur setiap hari bukanlah satu beban – malah satu bentuk kebebasan dan keutamaan terhadap keluarganya.

Katanya kalau menyewa di Kuala Lumpur, beliau cuma dapat pulang ke rumah seminggu sekali dan itu tidak cukup untuk saya dan anak-anak.

Dengan dua orang anak yang kini berusia 11 dan 12 tahun, Racheal memilih untuk pulang ke rumah setiap malam agar tidak terlepas saat-saat penting melihat mereka membesar.

Penang – Kuala Lumpur: Keluar Rumah Seawal 5:00 Pagi

Sejak 2024, Racheal mula mengamalkan rutin luar biasa ini – terbang pada jam 5:55 pagi dari Penang dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 7:45 pagi, tepat untuk masuk kerja.

Bila selesai tugas di pejabat, dia akan menaiki penerbangan pulang yang mendarat semula di Penang sekitar jam 8 malam.

Penang

Kedengaran penat? Mungkin. Tapi bagi Racheal, ia satu pelaburan yang berbaloi demi ‘work-life balance’.

Apa yang lebih menarik – kos untuk terbang setiap hari ini sebenarnya lebih murah daripada menyewa rumah di Kuala Lumpur.

Dengan kemudahan yang disediakan oleh syarikat penerbangan, dia dapat menjimat wang dari segi sewa, makanan dan perbelanjaan harian di bandar besar.

Penang

Walaupun sesetengah orang mungkin mencadangkan dia bekerja dari rumah sahaja, Racheal memilih untuk hadir ke pejabat kerana dia lebih produktif apabila dapat berinteraksi secara langsung dengan rakan sekerja.

Katanya, suasana kerja secara fizikal memberi semangat dan fokus yang lebih tinggi.