Seorang penduduk kawasan perumahan di Semenyih berkongsi rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita berbuat khianat yang boleh mengundang bahaya.

Dalam rakaman itu wanita terbabit memotong hos bomba sebelum melarikan diri.

“Bukan satu, bukan dua, tapi 4 tingkat hos bomba dia potong. Tengah siang pun orang berani naik rumah. Kejadian ini berlaku dekat Semenyih,” kata TikTok @norfatimahjamal.

@norfatimahjamal

Bukan satu, bukan dua… Tapi 4 level hos bomba dia potong 😳” Tengah siang pun orang berani naik rumah Kejadian ni berlaku dekat Semenyih. Mereka datang berdua, sorang tarik perhatian guard sorang lagi pura hantar barang padahal tengah potong hos bomba. Lepas tu tukar peranan, distract guard yang sorang lagi pula. Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak mati2 ingat budak2 yang main , memang tak perasan langsung. Bayangkan kalau ada kecemasan masa tu… Sila hati-hati, jiran semua. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul. #semenyih #apartment #cctv #curihosbomba

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Menurutnya, dua orang berkomplot untuk memudahkan kerja khianat tersebut.

Seorang tarik perhatian pengawal keselamatan. Manakala seorang lagi pura-pura hantar barang untuk pergi potong hos bomba.

Kata TikTok @norfatimahjamal lagi, kedua-dua menukar peranan sebelum sambung berbuat khianat.

“Nasib baik ada CCTV rumah kalau tak, ingatkan budak-budak yang main. Memang tak perasan langsung.

“Bayangkan kalau ada kecemasan masa itu. Sila hati-hati, jiran semua. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul,” pesan beliau.