Semua wanita mengimpikan memiliki wajah yang cantik pada setiap masa walau di mana jua. Siapa sangka kualiti udara juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keayuan seseorang wanita?
Baru-baru ini, seorang wanita dari Indonesia mendakwa udara di Kuala Lumpur telah membuatkan solekan muka kelihatan sangat sempurna.

Hal ini bagaimanapun tidak terjadi ketika di menetap di Jakarta iaitu di negaranya sendiri.
Tegasnya, kualiti udara di Kuala Lumpur sememangnya tersangat berbeza.
“Udara di Kuala Lumpur adalah sangat berbeza,” tulisnya pada kapsyen video.
Dari video tersebut, wajahnya kelihatan sangat ayu dengan kulit yang cukup mulus dan putih berseri secara semula jadi.
@thefabulousvin i just want flawless makeup EVERYDAY
Menariknya, perkongsian yang dibuat oleh wanita ini turut mendapat sokongan daripada beberapa wanita dari negaranya yang pernah menetap di Malaysia.
Di dalam ruangan komentar, salah seorang wanita berkongsi yang wajahnya menjadi semakin cerah dan licin sewaktu bekerja di Malaysia selama empat tahun namun setelah pulang ke negaranya langsung timbul masalah jerawat pula.
Malah, ada yang mendakwa kualiti udara di Bandung dan Jakarta juga boleh rasa perbezaannya yang memberi gambaran bahawa pencemaran udara di sana sangat kritikal jika nak dibandingkan dengan Malaysia.
Bukan itu sahaja, seorang wanita lagi merasakan dirinya juga mengalami perkara yang sama sewaktu bercuti di negara luar tidak merasa teruk pada wajah seperti yang terjadi di Jakarta.
Lebih teruk lagi, ada yang pernah mengalami batuk dan sakit tekak ekoran terdedah kepada udara di Medan.
Rupanya wanita tempatan dari Malaysia juga mengakui udara di negara kita ternyata sesuai dengan kulitnya kerana sewaktu melancong ke Korea memperlihatkan pertumbuhan jerawat yang ketara.
Tetapi sebaik tiba ke Malaysia, secara perlahan-lahan semua jerawat hilang dan kembali ke sedia kala.
Bagaimanapun, ada segelintir kecil wanita mengalami perkara sebaliknya di mana memiliki wajah yang bagus ketika berada di Jakarta bagaimanapun tidak terjadi di Malaysia.