Setiap orang sudah pasti memiliki perbezaan tersendiri. Walaupun ada yang dilahirkan normal dan ada juga dengan kelainan upaya, kita diajar untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Sang Pencipta.

Baru-baru ini, tular sebuah video memperlihatkan seorang wanita berkongsi cerita bagaimana dia boleh hilang deria penglihatan meskipun pada asalnya sihat seperti orang lain.

Baca Juga:

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Ila Kamilah, dia mendedahkan bahawa memang sudah buta sejak lahir.’

Namun, pada usia setahun lebih keluarganya ada bercerita yang mereka pernah mencuba dengan meletakkan barang didepannya dan dia boleh mengambil barang tersebut.

Malah, keluarganya sempat mengajar dia mengecam warna dan warna kesukaannya adalah ungu. Tetapi semua itu berubah apabila daya penglihatan beliau semakin menghilang selepas kerap tenyeh atau bahasa mudahnya menggosok mata dengan kasar dek kerana gatal.

“Dalam umur saya lima ke enam tahun, saya makin lama makin tak nampak, makin gelap sebab dulu saya suka main kat luar macam-macam kanak lain walaupun saya tak nampak.

“Bila kita main dekat luar ni habuk-habuk jadi berterbangan dekat mata so dia jadi gatal, itu yang saya tenyeh-tenyeh mata dah jadi tak nampak. Jadi, makin lama makin gelap  sebab mereka kata selaput dah tutup biji mata,” kongsinya kepada orang ramai.

Untuk makluman, kecacatan penglihatan boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti genetik, keracunan, kecederaan serius dan juga penyakit.

Video yang dikongsikan itu ternyata meraih perhatian ramai apabila berjaya menerima 1.9 juta jumlah tontonan, 98.9K likes dan juga pelbagai reaksi daripada warganet.

@ilakamilah97

Kisah awal saya BUTA.

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Dalam ruangan komentar, ramai terkejut dengan pendedahan wanita itu yang mana berkenaan alami buta dek kerana kerap menggosok mata dengan kasar.

Sumber Gambar: TikTok @ilakamilah97
Sumber Gambar: TikTok @ilakamilah97

Di samping itu, ada sebahagian pengguna maya meluahkan rasa takut pula untuk menggosok mata mereka kerana risau bakal terjadi perkara sedemikian.