Ketika ini, boleh dikatakan ramai orang memiliki penapis air di rumah dengan mengambil plan ditawarkan oleh syarikat-syarikat terkemuka dimana menjanjikan kelebihan seperti servis setiap bulan secara percuma dan sebagainya.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @reinalum telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya tidak berpuas hati dengan syarikat terkenal jenama penapis air dimana dia merasakan dirinya ditipu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@reinalum

I akan cuba settle isu ni baik2 dgn #coway tapi kalau tidak mmg I akan lodge a report to kpdnkk. All this for something as basic as air filter?? Kesian la dekat customer yg tak tau hak mereka. Lesson learned! 😞 #fypmalaysia #consumerrights

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

Menurutnya, dia ditawarkan upgrade penapis udara tetapi tidak memberitahu bahawa ianya sebenarnya membuat kontrak baru dan tempoh kontrak tersebut turut diberitahu oleh ejen terbabit.

Dia hanya menyedari hal itu ketika dia mahu tamatkan kontrak penapis udaranya sebelum ini tetapi pihak syarikat itu memberitahu dia sudah menandatangani kontrak baru.

Tambahnya, ejen terbabit tidak memberikan kontrak kepadanya dan memalsukan tandatangannya. Lebih mengejutkan apabila dia perlu membayar sejumlah wang sehingga RM3,000 sebagai denda mahu menamatkan kontrak.

Walau bagaimanapun, dia hanya perlu membayar RM1,800 dan memulangkan semula penapis udara terbabit. Susulan hal itu, dia akan membuat laporan kepada pihak berwajib berhubung isu terbabit.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang berlaku kepadanya.

Malah, ada juga netizen yang mengatakan hal itu sudah banyak kali terjadi dan mencadangkan jenama lain yang lebih baik.