Seorang wanita di Singapura diganggu oleh ahlong dimana beliau menerima bunga yang biasa digunakan ketika majlis pengebumian.
Ini berpunca daripada tindakan rakannya yang menggunakan kad pengenalan miliknya untuk meminjam duit dari ahlong.
Baca Juga:
- Lihat PPIM Dedah Kes Gadis Pinjam ‘Ahlong’ Untuk Sara Teman Lelaki

- ‘Dulu Pernah Rugi’ – Individu Persoal Sama Ada Perlu Bagi Pinjam RM10,000 Kepada Abangnya Untuk Forex

- 70,000 Penjawat Awam Buat Pinjaman Peribadi Untuk Sambut Hari Raya

Wanita bernama Zhuo berkata rakannya iaitu Lan ialah seorang pelajar di sekolah muzik suaminya.
Dia mendedahkan bahawa dia menghantar foto kad pengenalannya kepada Lan beberapa tahun lalu untuk membantunya membeli produk kesihatan.
Kongsi Gambar IC, Wanita Ini Merana
Lan sebaliknya menggunakan IC Zhuo untuk meminjam wang daripada ahlong, sekali gus memulakan kejadian gangguan pada 2024 dan rentetan laporan polis oleh Zhuo.

Keadaan menjadi menakutkan pada tengah malam 8 Julai, di mana anak lelaki Zhuo menemui bunga pengebumian di hadapan sekolah muzik.
Bersama-sama dengannya adalah mesej yang ditulis dalam bahasa Inggeris, di mana ia menunjukkan nama penuh Zhuo dan perkataan ‘Rest in peace’.
Rakaman CCTV kemudian menunjukkan ia dihantar pada jam 10 malam sebelumnya.

Zhuo berkata dia telah memutuskan persahabatannya dengan Lan selepas beberapa percubaan gagal untuk bercakap dengannya tentang gangguan yang disebabkan oleh hutangnya yang tidak dibayar.
Dia menambah suaminya juga telah menghubungi Lan tetapi mendakwa Lan tidak mahu menyelesaikan keadaan.