Isu menempah ruang letak kereta atau lebih dikenali sebagai ‘cop parking’ bukanlah satu perkara baharu, malah ia sering mencetuskan ketegangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Walau bagaimanapun, sebuah insiden baru-baru ini telah mendapat reaksi positif daripada orang ramai. Sikap tegas seorang pemandu yang enggan beralah dengan individu yang cuba menempah petak parkir secara tidak sah telah meraih pujian.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi TikTok @aida.ereena, didapati seorang lelaki sedang berdiri di salah satu lot parkir kosong dengan harapan boleh menempah parkir untuk kenalannya barang kali.

Walaupun sudah melihat pemilik dashcam yang juga selaku pemandu pada ketika itu mahu memasuki ruang parkir tersebut, pemuda terbabit masih berkeras untuk tidak memberi kerjasama.

@aida.ereena

Puasa ni bang nak kena layan perangai ko pulak ek 💀🥰

♬ Six Days – JDM Style 🇯🇵🔰

Berlaku adengan cubaan menghalau pemilik kenderaan tersebut termasuk dengan menahan kereta dari masuk dengan menggunakan badan serta menunjukkan isyarat tangan untuk pergi mencari parkir lain.

Di dalam video kedua, pemilik kenderaan turut menunjukkan keberanian apabila tetap memasuki ruang parkir tersebut secara perlahan-perlahan sehinggalah lelaki itu pun beredar dengan kekecewaan.

@aida.ereena

Replying to @Fatin Aliah hahaha sorry la kak jangan marah ni endingnyaaaa mesti menang punyaa 🥰

♬ Six Days – JDM Style 🇯🇵🔰

Sikap tegas seorang pemandu yang enggan beralah dengan individu yang cuba menempah petak parkir secara tidak sah telah meraih pujian.

Tindakan pemandu tersebut bukan sahaja mempertahankan haknya, malah memberi mesej yang jelas tentang pentingnya mematuhi undang-undang dan adab di tempat awam.

Dalam pada itu, netizen turut mendapati kepentingan memiliki kamera dashcam sangat berguna untuk merakam situasi sedemikian dan boleh dijadikan bukti jika berlaku perbuatan khianat dan seumpamanya.