Adakah anda tahu apa itu sebenarnya ‘anxiety’? Seringkali mendengar akan anxiety dan kemurungan, tetapi apakah anda tahu dan faham apa yang terjadi sebenarnya?

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang selebriti, Diana Danielle memuat naik video di Instagramnya dan berkongsi detik cemas dia diserang ‘anxiety attack’ atau dalam bahasa mudahnya gangguan kebimbangan melampau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B1TLi8_Fgar/

Bercakap tentang anxiety, kita lihat seseorang itu kelihatan sihat pada luarannya, tetapi dalaman hanya mereka yang merasai tahu betapa payahnya dan betapa terseksanya apabila diserang kebimbangan melampau ini.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Shehnaz Khan telah berkongsi bagaimana cara dia melawan anxiety. Bagi anda yang tidak tahu, dia juga sebenarnya mengalami perkara yang sama seperti Diana Daniella.

Ini adalah 10 cara dia melawan ‘anxiety’ secara umum:

1. Mendekatkan diri dengan Tuhan dan perbanyakkan istighfar dan selawat.

2. Tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif . Biar tidak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Apabila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan tertekan dan bertambah parah anxiety.

3. Betulkan mindset¬†dengan selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “Aku sihat dan tidak takut.”

4. Jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami. Luah segalanya, mesti lega.

679270-friends-thinkstock-050618
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

5. Lakukan aktiviti yang seronok bersama kawan kawan, suami, anak-anak atau ibu bapa untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang ‘perkara’ itu .

6. Jangan tidur keseorangan dan sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Sebagai contoh pesakit anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan.

7. Jika perlu, dapatkan nasihat doktor psikologi. Anxiety bukan gila dan jangan takut kerana sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami dan anda boleh dapatkan nasihat mereka.

how-to-start-eating-healthy
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google

8. Amalkan makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air masak.

9. Cabar diri untuk pecah tembok yang anda takuti seperti takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin dan tukar mindset.

10. Sokongan moral mental dan fizikal daripada keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety  Sentiasalah beri mereka dorongan untuk pulih.

Anxiety datang tanpa diundang, sesiapa pun boleh mengalami perkara ini. Bagi anda di luar sana yang sering memandang serong pada mereka yang menghadapi anxiety, anda sepatutnya membantu mereka untuk mereka pulih.

Walaupun pesakit anxiety tidak boleh pulih sepenuhnya, tetapi mereka masih boleh menemui sinar kebahagiaan dan mengawal anxiety ini jika anda turut sama membantu mereka.