Isu melibatkan harta intelek seringkali menjadi isu di negara kita. Tidak kira sama ada dari segi produk mahupun harta intelek digital, kehadiran pihak ketiga yang mengambil kesempatan pastinya memberi kesan kepada pemilik asalnya.
Pada kali ini, seorang pemilik Twitter yang dikenali dengan nama Anna Lee atau @annaleejue berkongsi di platform tersebut bagaimana karya novel beliau bertajuk Hello telah menjadi sasaran sebuah syarikat penerbitan.

Ini thread susulan kisah ciplak novel saya bertajuk Hello. Sy mohon bantuan anda utk viralkan wajah ini sehingga saya temui maklumat krn sehingga ke saat ini pihak peguam saya tak dpt menjejakinya..
Siapakah dia? pic.twitter.com/Rq2PLwQxLo— anna.lee (@annaleejue) October 1, 2019
Menurut beliau, Arra Iskeyda iaitu ‘penulis’ yang dipertanggungjawabkan Rackread Press untuk menghasilkan novel ini mulanya menulis di platform online iaitu Wattpad.
Beliau kemudiannya menghabiskan beberapa bab terakhir menerusi novel yang dikeluarkan dalam versi fizikal dimana beberapa bab, klimaks dan penutup yang sama seperti novel beliau telah ditiru bulat-bulat.
Beliau mula menyedari tindakan yang dilakukan Rackread Press dan penulis apabila novel yang dikeluarkan sudah memasuki cetakan kedua. Bagi mendapat keadilan yang sepatutnya, individu bernama Anna Lee turut mendapatkan khidmat peguam serta mula mencari dalang disebalik Rackread Press sehingga bertemu dengan akaun Facebook Cyda Yusof.
Slps pmohonan maaf secara terbuka tempohari, dia terus lesap. Call & Mesej diFB dan whatsapp tak jawab. Call dr lawyer saya pun dia xjawab. Surat Notis of demand yg dihantar return back. Dr pmohonan maaf tsbt jelas dia mahu melindung si penciplak. pic.twitter.com/MzrOGovZF5
— anna.lee (@annaleejue) October 1, 2019
Selepas beberapa pertanyaan dibuat mengenai modus operandi yang dijalankan serta tindakan daripada pihak peguam, akaun Facebook ini sekadar memuat naik sebuah status permohonan maaf mengenai isu plagiat novel ini. Walau bagaimanapun, penulis asal merasakan tidak adil atas isu yang berlaku berikutan jumlah keuntungan dan tindakan yang dilakukan pelaku sebelum ini.
Akaun Facebook Cyda Yusof ini juga dikatakan tidak lagi membalas sebarang pertanyaan di WhatsApp mahupun Facebook.
Saya hairan, Cyda Yusof penulis dan menerbitkan karya penciplak, takkan dia takde rasa marah dekat penulis yg dah tipu dia? Yg dah cemar nama baik dia dan sykt dia? Kenapa dia perlu lindungi penulis tu? Dan kenapa DIA YANG MELARIKAN DIRI?
— anna.lee (@annaleejue) October 1, 2019
Lebih menghairankan penulis, akaun Facebook Cyda Yusof daripada syarikat Rackread Press ini seakan tidak menyalahkan penulis yang menciplak karya sebaliknya memilih untuk melarikan diri daripada isu yang terjadi.
Malah, baru-baru ini akaun Facebook ini muncul lagi dengan sebuah post terbaru yang memaparkan kegembiraan beliau dalam menyambut hari graduasi.
Dia masih hidup. Baru je konvo di #oum #openuniversitymalaysia pic.twitter.com/95QSz1lqmf
— anna.lee (@annaleejue) October 1, 2019
Kpd penulis di luar sana… hati2.
Kpd penerbit di luar sana.. hati2.
Pengciplak tegar masih bebas.
Aku dah habiskan duit, masa dan tenaga utk pastikan dia mdpt balasan tapi… 🤷♀️— anna.lee (@annaleejue) October 2, 2019
Untuk pengetahuan, novel asal beliau iaitu Hello sudah diterbitkan sewaktu 2016 lagi iaitu lama sebelum penulis bernama Arra Iskeyda ini mengambil kesempatan.
Berdasarkan isu yang berlaku, penulis asal novel ini turut menyeru penulis dan penerbit dengan penciplak yang bijak mengambil kesempatan agar situasi yang sama tidak berulang lagi. Pencurian harta intelek digital adalah salah dan bakal dikenakan tindakan.
Kami kongsikan kepada beberapa lagi isu yang terjadi sebelum ini melibatkan harta intelek. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
‘MariCar Go-Kart’ Diarah Bayar Ganti Rugi RM1.93 Juta Kepada Nintendo