Jika sebelum ini tular di media sosial mengenai seorang pemuda yang bercerita mengenai tranformasi kekasihnya daripada berkulit gelap, gemuk dan selekeh kepada penampilan kurus, putih gebu, dan cantik bagaimanapun dikecam netizen.
Kebanyakan netizen berasa kurang senang dengan kata-kata pemuda berusia 23 tahun yang dianggap keterlaluan. Walaupun sebenarnya pemuda tersebut mungkin tidak berniat untuk menghina bakal tunangnya itu.
Disebabkan harini genap 1 Tahun perkenalan. Aku nak kongsi sedikit macam mana aku kenai dgn dia waktu dia hitam, tak lawa dan agak selekeh. And now apa yg berlaku? I memang salute dengan you sayang. Dan lagi 30 hari lagi kami akan bertunang 💕
Baca THREAD ni sampai habis. Ehek! pic.twitter.com/OP1IU1SO7U
— HuzairieYahya (@HuzairieYahya96) September 25, 2019
Terbaharu seorang netizen pula memberi respon daripada perspektif seseorang yang sudah melalui fasa perkahwinan mengenai tweet pemuda tersebut. Melalui Twitter Ms Ayu Aziz, beliau merasakan thread sebegitu tidak salah kerana perkongsian itu mungkin untuk menaikkan semangat orang yang tiada keyakinan di luar sana untuk berubah. Tetapi baginya, ia agak menakutkan kerana ‘statement’ sebegitu datang dari seorang lelaki.
https://twitter.com/ayuazizz/status/1176834376375533568
Menurut beliau, keseluruhan thread yang dikongsikan berkisar tentang rupa paras dan kecantikan semata-mata. Mungkin kesannya tidak terlalu ketara bagi pasangan bercinta tetapi ia akan menjadi ujian sebenar apabila sudah berkahwin dan beranak pinak nanti. Semuanya akan berubah termasuk kecantikan yang tidak akan kekal selamanya. Ketika itu yang tinggal cuma hati dan kebaikan.
Bagi beliau, perempuan mungkin boleh terima seseorang tanpa syarat tetapi lain pula bagi lelaki yang mungkin agak ‘demand’ mengenai pasangannya. Akan tetapi, tegasnya bukan semua orang sedemikian.
Tweet beliau mendapat respon positif daripada ramai netizen dan rata-ratanya bersetuju dan berkongsi pendapat sama bahawa kecantikan itu akan pudar.
https://twitter.com/muchi_pichi/status/1176885637225467904
Dlm byk2 thread, awk punya sy paling respect, because u got his point, tp awk ckp psl masa depan, which is alam rumahtangga, yg kita semua tk perasan kdg2 😂
— 🇵🇸خَدِيجَة🇲🇾 (@SnowKhadijah) September 26, 2019
Indeed! Kalau masatu tengah morning sickness, tak sempat nak berbedak pun. Lagi2 bila anak kecik, kadang tudung kita pun kena muntah anak, mana nak melawa. Setuju 💯
— سو (@shuwaiyaa) September 26, 2019
Jadi beliau nasihatkan kepada mereka di luar sana terutamanya perempuan, jika ingin berkahwin nanti, pilihlah seorang kerana hati dan kebaikannya kerana jika tersilap pilihan akan merana selamanya.
Ini pula kisah inspirasi pasangan yang sama-sama berubah ke arah kebaikan selepas mendirikan rumah tangga, Klik artikel di bawah untuk bacaan lanjut.
Bertemu Di Kelab Malam, Netizen ‘Sejuk Hati’ Dengan Perubahan Pasangan Ini
Tonton Noh Dan Mizz Nina Bercakap Tentang Perkahwinan Mereka Yang Masuk Tahun Ke-8