Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, kita terpaksa melaksanakan norma baharu dalam kehidupan seharian dari sesi pembelajaran, pekerjaan, aktiviti sosial dan banyak lagi.
Disebabkan ‘total lockdown’ sedang dilaksanakan, maka banyak aktiviti terbatas termasuklah sesi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Dalam norma baharu, pengguna TikTok @nurdinieirdina telah berkongsi video dirinya dalam satu temuduga kerja secara ‘online’.
@nurdinieirdina Reply to @nurdinieirdina benda rare 😆 #HotlinkEverydayCEO #fyp #vivoSuperTime #fypシ #tiktokguru #onlineinterview #tipsinterview
Menerusi video tersebut, Nur Dinie perlu berdiri dan memperlihatkan pakaian yang dipakainya ketika sesi temuduga tersebut. Oleh itu, video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata memujinya yang memakai pakaian bersesuaian ketika sesi temuduga.
Mana tidaknya, segelintir mereka yang bekerja di rumah jika menghadiri mesyuarat hanya menggayakan baju formal tetapi memakai seluar tidur. Buat anda di luar sana, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan dimana bersedia hadapi sebarang kemungkinan boleh terjadi ketika sesi temuduga ataupun mesyuarat.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 200 ribu tontonan dan 23 ribu tanda suka. Semoga video ini bermanfaat buat anda yang sedang mencari pekerjaan.
Sementara itu, kami kongsikan tips untuk anda dapatkan pekerjaan pada pautan di bawah ini.
7 Tip Oleh Pengurus Sumber Manusia Ini Boleh Bantu Anda Dapat Pekerjaan
Perlekeh Pekerjaan Bancuh Simen, Ini Pendapatan Sebenar Pekerja Indonesia Setiap Hari
Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Berikutan Wabak COVID-19