Memang tidak dinafikan, kemajuan teknologi kamera hari ini telah memudahkan kerja rakaman dengan lebih efisien. Namun, ada pula yang menyalah gunakan kamera untuk tujuan jenayah dek kerana saiznya yang kompak.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi kisah percutian ke Pulau Pinang yang sepatutnya jadi pengalaman terindah bertukar menjadi mimpi ngeri selepas insiden menemui kamera tertutup di tempat penginapannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok @i.njw

Beliau mendedahkan bahawa terjumpa sebuah kamera seperti GoPro yang diletakkan di dalam kotak pelembap (humidifier) di samping telah ditebuk lubang untuk tujuan rakaman.

Susulan itu, beliau bersama rakannya tidak dapat tidur sepanjang malam disebabkan trauma dengan insiden tersebut. Lebih teruk lagi, insiden itu telah menghantui pemikiran mereka dan mengganggu mental dan emosi menerusinya.

Menjengah ke ruangan komentar, majoriti netizen sangat terkejut dengan pendedahan wanita itu dan meminta  beliau untuk memaklumkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Sumber Gambar: TikTok @i.njw
Sumber Gambar: TikTok @i.njw

Masih tidak diketahui lokasi sebenar Airbnb yang diduduki oleh mangsa namun diminta lebih ramai orang berwaspada apabila menginap sesebuah tempat Airbnb mahupun hotel. Lakukan pemeriksaan terlebih dahulu setiap perkasasan, perhiasan dan seumpamanya sebaik tiba di lokasi.

Kemas kini laporan terbaharu, difahamkan berlaku salah faham dengan lokasi sebenar yang mana tidak terlibat dengan servis AirBnb tetapi insiden ini berlaku di sebuah homestay bertempat di Pulau Pinang.

Sumber