Memang tidak dinafikan, kita mungkin akan merasa kesunyian apabila tidak mendapat perhatian daripada tersayang. Jadi, ada individu yang sanggup melakukan perkara ekstrem untuk memenuhi kehendaknya.

Terbaharu, seorang wanita ditahan kerana didakwa membuat panggilan kecemasan palsu selama hampir tiga tahun.

Baca Juga:

Polis Jepun menahan suspek tersebut yang bernama Niroko Hatagami, 51 dari Matsuodo di Wilayah Chiba, Timur Tokyo  pada Khamis lalu.

Suspek ditahan kerana disyaki menghalang operasi jabatan bomba. Niroko didakwa membuat panggilan menggunakan telefon bimbitnya dan menerusi cara lain selama sekurang-kurangnya dua tahun sembilan bulan antara Ogos 2020 dan Mei 2023.

Menurut laporan akhbar tempatan, beliau kemudian mengaku membuat panggilan dari rumahnya dan di lokasi lain kerana berasa sunyi dan mahu seseorang mendengarnya dan memberi perhatian kepadanya.

Sepanjang tempoh membuat panggilan kecemasan palsu, beliau dianggap mengadu kepada pihak berkuasa tentang beberapa alasan seperti sakit perut, dos berlebihan, sakit kaki dan gejala lain.

Penahanan Niroko berlaku selepas Jabatan Bomba Matsudo menfailkan aduan kepada pada polis pada 20 Jun lalu. Ini bukan perkara baharu kerana kajian sebelum ini mendedahkan hampir 1.5 juta individu di Jepun mengalami masalah kesunyian sejak berlakunya COVID-19.

Sumber