Pada hari ini, pelbagai jenama kereta terkemuka terutamanya dari China memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan sejumlah kereta moden dengan harga mampu milik.
Baru-baru ini, seorang pemilik kereta buatan dari China berkongsi detik cemas apabila keretanya berhenti secara mengejut di tengah lebuhraya.
Wanita terbabit mendakwa di mana kereta miliknya berhenti secara mengejut meskipun pada meter minyak terpapar masih berbaki jarak 60km sebelum ia habis.
“Pertama kali, kereta berhenti di lebuhraya kerana tiada petrol… sebenarnya meter masih paparkan ada baki sekitar 60KM tetapi secara tiba-tiba jadi kosong”, dipetik dari si pengadu.
Susulan itu, kereta tersebut terus mengehadkan kelajuan dan mengunci stereng yang mana mengundang kepada bahaya terutamanya di lebuhraya yang besar.
Tuah menyebelahi dirinya apabila masih boleh mengawal kereta tersebut ke lorong kecemasan sekaligus dapat menggelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Dia meluahkan kerisuan jika kalau keretanya berhenti secara mengejut dan gagal untuk dipacu keluar dari lorong paling kanan sudah pasti bakal menyusahkan dirinya dan juga banyak pihak di lebuhraya.
Perkongsian wanita itu tentang pengalaman ngeri menerusi kereta terbabit langsung menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap jenama terkemuka itu.
Perkara ini dikuatkan lagi selepas beberapa pemilik lain turut berkongsi mengalami pengalaman menghadapi masalah yang sama di mana keretanya berhenti secara mengejut walaupun pada meter minyak masih mempunyai baki jarak.
Dalam pada itu, netizen turut tidak berpuas hati dengan tahap ketepatan meter minyak dari jenama terkenal itu kerana mereka mendakwa kereta dari pengeluar lain masih boleh menawarkan pemanduan dengan jarak yang bertepatan dengan bacaan meter jarak yang dipaparkan.