Wanita lempang pak cik pemandu teksi warga emas sehingga tercampak kopiah, video telah tular di media sosial.

Wanita itu tak puas hati dipercayai kerana keretanya dilanggar dari belakang.

Netizen kritik wanita lempang pak cik pemandu teksi

Namun kemalangan itu bukan kemalangan yang serius. Malangnya reaksi wanita itu dianggap melampau dan biadap sehingga naik tangan ke atas warga emas yang juga pemandu teksi.

Warga emas itu dilihat mengutip balik kopiahnya dan mendengar maki hamun daripada wanita tersebut.

wanita lempang pak cik pemandu teksi

Netizen rata rata tidak setuju dengan tindakan wanita lempang pak cik pemandu teksi tersebut. Walaupun mereka faham wanita itu marah kerana keretanya disondol dari belakang.

Malaysia Gazzette menulis di X: “Tular satu rakaman papan pemuka di TikTok memaparkan seorang wanita bertindak keterlaluan dengan ‘naik tangan’ kepada pemandu teksi warga emas sehinggakan kopiahnya tercampak di atas jalan raya.

“Lebih memilukan, pemandu teksi itu dilihat mengutip semula kopiah yang jatuh sambil mendengar kata-kata kesat dan makian dihamburkan wanita berkenaan.

lempang pemandu teksi

“Berdasarkan video berdurasi 18 saat tersebut, difahamkan berlaku insiden pergaduhan mulut disebabkan kereta jenis Proton Saga warna putih milik wanita terbabit dilanggar dari arah belakang oleh pemandu teksi di lorong kanan.”

Ayaan menulis: “Baru pakai Saga dah kurang ajar sampai macam tu. Kalau pakai Merc? RR? Bukan nak back up tapi, tu orang tua kot.

“Tak payahlah nk naik tangan sampai kepala orang tua tu. Kalau kau marah sekalipun, maki cukup la.

“Kita ni hidup macam roda, satu hari giliran kau akan datang pula. Jangan lepas ni buat video minta maaf nangis nangis, sudah la.”

Seterusnya netizen juga mengingatkan wanita itu bahawa kemalangan itu bukannya terlalu serius dan boleh diselesaikan dengan insurans. Tambahan pula kepala adalah kedudukan paling mulia.

“Lagi satu, kita ni manusia, kepala tempat yang mulia. Jangan la senang senang nak tunjal/pukul kepala orang.

“Dulu dulu tak ada org ajar atau beritahu ke? Pakai tudung saja, tapi akhlak?” tambah netizen lagi.

Yang lain berharap pak cik tersebut akan dapat keadilan sebaiknya.

Ada juga yang menulis: “Ini boleh dikira perbuatan samseng jalan raya.”

Harap ada keadilan buat pak cik pemandu teksi

Kemudian netizen seterusnya berharap anak atau keluarga pak cik yang juga warga emas tersebut mengambil tindakan tegas ke atas wanita itu.

“Semoga pak cik dapat keadilan, selalu sihat tubuh badan kamu yak pak cik. Semoga murah rezeki.

“Orang yang tampar pak cik ini, harap suatu hari nanti akan merasakan situasi yang sama juga daripada orang lain.

“Ciri ciri orang yang memang tak ada rasa hormat dengan orang yang dah tua,” tulis Christ Sheanthieay.

lempang pemandu teksi

Banyak lagi komen yang melabel wanita lempang pak cik pemandu teksi itu sebagai kurang ajar dan biadab ke atas warga emas.

kurang adab