Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menyita sebuah motosikal yang sudah 23 tahun tidak perbaharui cukai jalan.
Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, motosikal jenis Honda EX5 Dream itu ditunggang oleh seorang lelaki warga emas.

Baca Juga:
- ‘Mungkin Dikenakan Caj Tambahan’ – Lesen, Cukai Jalan Fizikal Bakal Kembali Tahun Depan
- Pemandu ‘Kantoi’ 7 Tahun Bawa BMW X6 Tanpa Cukai Jalan
- RASMI: Senarai Cukai Jalan Baharu Kereta EV Mulai 1 Januari 2026
Lelaki itu juga merupakan seorang pemilik bengkel motosikal. Dia ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Jalan Silibin- Ipoh, pagi tadi.
Memetik Berita Harian, lelaki berumur 61 tahun itu memberi alasan bahawa motosikal itu jarang dibawa ke jalan raya utama sebaliknya hanya kerap dibawa untuk mengelilingi kawasan taman perumahan saja.
“Pemeriksaan rutin dan semakan yang dibuat mendapati LKM kenderaan itu tamat tempoh sejak tahun 2002.
“Kesalahan ini adalah serius kerana LKM bukan sahaja bukti kenderaan sudah didaftarkan, tetapi juga memastikan pemilik membayar cukai jalan yang diperlukan serta memenuhi syarat keselamatan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, kesalahan tidak memperbaharui LKM boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan