Seorang wanita berusia 65 tahun, Sofiah Abdul Majid yang memarahi imam membaca al-quran sebelum ini telah diarahkan untuk menjalani ujian mental.

Arahan itu dikeluarkan oleh Majistret Georgetown yang meminta agar wanita itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemerhatian psikiatri selama selama sebulan.

Baca Juga:

Ini selepas Sofiah enggan membuat pengakuan ke atas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Georgetown hari ini.

Sofiah tidak setuju dengan pertuduhan ke atasnya. Dan dia disahkan memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya selepas hakim mendapatkan pengesahan daripada jurubahasa mahkamah.

Buat masa ini tiada pengakuan yang direkodkan memandangkan tertuduh enggan menjawab ketika ditanya sama ada dia faham ke atas pertuduhan ke atasnya.

Di mana Sofiah dituduh telah mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap imam dan bilal di Masjid Jamek Ar-Rahman pada 12 Mac lalu, kira kira pukul 10 malam.

Sofiah didakwan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menuduh imam dan bilal di masjid tersebut membaca al-Quran seperti anjing menyalak dan dirasuk hantu.

Dipetik dari The Star, Sofiah berkata: “Bagaimana saya nak mengaku (pertuduhan dibaca) adalah betul? Semua itu salah. Itu adalah perkataan yang disebut orang lain.

“Semua yang dibaca itu tipu, saya tidak setuju dengan penipuan.”

Sofiah beberapa kali mengganggu prosiding dan cuba bercakap selepas arahan agar dia menjalani pemerhatian pakar psikiatri.

Berdasarkan pemerhatian oleh mahkamah, tertuduh didapati dalam keadaan kurang stabil. Dan dia perlu menjalani pemerhatian di hospital mental selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Tertuduh perlu hadir semula ke mahkamah pada 19 April 2024 yang akan datang, tegas Nadratun.

Jika didapati bersalah, Sofiah berdepan hukuman penjara maksimum setahun atau denda, atau kedua duanya sekali.

Sebelum ini, Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail menegaskan bahawa tertuduh sudah melalui pemerhatian pertama oleh pakar psikiatrik. Dan tiada penemuan daripada pemerhatian itu.

Oleh itu kini dia perlu menjalani pemerhatian kedua.

Sumber