Wanita Malaysia masuk senarai antara wanita tercantik di Asia mengalahkan beberapa negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.
Senarai yang dikeluarkan oleh Insider Monkey ini mengambil pendekatan yang berbeza bagi menentukan negara mana yang mempunyai wanita tercantik di Asia.
“Kami meneliti pelbagai sumber dan menyenarai pendek negara-negara dengan wanita paling cantik, kemudian memberi mereka skor berdasarkan sistem khusus.
“Negara dengan wanita paling cantik mendapat skor 1 (12/12 = 1), manakala negara kedua mendapat skor 0.08 (1/12 = 0.08), dan seterusnya.
“Kami kemudian menyusun negara-negara ini dalam susunan menaik,” katanya.
Berikut adalah senarai 10 negara yang mempunyai wanita paling cantik di Asia.
- Korea Selatan
- Jepun
- Vietnam
- Filipina
- Iran
- Malaysia
- India
- China
- Singapura
- Thailand
Malaysia dipilih berada di tangga ke-6 kerana faktor kepelbagaian etnik di Malaysia, yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, dan kumpulan pribumi lain, telah menghasilkan gabungan unik ciri-ciri wajah dan standard kecantikan.
Selain itu, prosedur kosmetik yang paling popular di kalangan wanita termasuk rhinoplasti, liposuction, dan pembedahan kelopak mata.
Industri kosmetik di Malaysia dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak AS$451.30 juta pada tahun 2024.
Selain itu, sektor Kecantikan & Penjagaan Peribadi di Malaysia dijangka menjana pendapatan sebanyak AS$3.24 bilion pada tahun yang sama.