Malaysia telah dinobatkan sebagai negara ke-6 dengan wanita tercantik di Asia oleh kajian yang dijalankan oleh laman web kewangan, Insider Monkey.

Kajian tersebut menggunakan pendekatan berasaskan konsensus dan meneliti pelbagai sumber untuk menyenaraikan 20 negara dengan wanita tercantik di Asia.

Di tangga teratas senarai tersebut adalah Korea Selatan, yang memperoleh skor 1, diikuti oleh Jepun dengan skor 0.95.

Tiga lagi negara yang mengisi lima teratas ialah Vietnam (0.9), Filipina (0.85), dan Iran (0.8).

Senarai 10 Negara dengan Wanita Tercantik di Asia menurut Insider Monkey:

    1. Korea Selatan – 1.0 skor
    2. Jepun – 0.95 skor
    3. Vietnam – 0.9 skor
    4. Filipina – 0.85 skor
    5. Iran – 0.8 skor
    6. Malaysia – 0.75 skor
    7. India – 0.7 skor
    8. China – 0.65 skor
    9. Singapura – 0.6 skor
    10. Thailand – 0.55 skor

Malaysia berada di tempat keenam dengan skor 0.75 untuk senarai wanita tercantik.

Insider Monkey menyatakan bahawa kepelbagaian etnik yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, dan etnik-etnik lain telah menghasilkan gabungan unik ciri-ciri wajah dan standard kecantikan di Malaysia.

Laporan itu turut menambah bahawa prosedur kosmetik yang paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia adalah rhinoplasty (pembedahan hidung), liposuction (sedut lemak), dan pembedahan kelopak mata.

Selain itu, industri kosmetik di Malaysia dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak USD451.3 juta atau sekitar RM2.1 bilion pada tahun ini, manakala sektor Kecantikan & Penjagaan Diri dijangka menghasilkan USD3.24 bilion atau RM15.07 bilion pada tahun 2024.