Seorang wanita membidas netizen di Threads yang mengecamnya kerana menari dengan girang ketika konsert Hujan baru baru ini.

Ada netizen menyatakan bahawa dia sedih melihat perempuan Melayu yang bertudung namun menari ‘terkinja-kinja’ di konsert Hujan.

Banyak teguran dan kritikan daripada netizen yang menyaksikan video yang tular itu.

Membuatkan salah seorang wanita yang mendakwa dia salah seorang daripada wanita yang menari dalam video tersebut.

Dia menegaskan bahawa mereka hanya menari di konsert Hujan bukannya menari di kelab malam. Dan dia kecewa dengan netizen yang mengecam mereka seolah olah tidak pernah ada dosa.

Dia menulis: “Aku salah sorang yang ada dalam video ni. Netizen kecam kitorang kaw kaw macam semua tak ada dosa. ”

“Sebenarnya ni konsert Hujan sahaja. Bukannya pergi kelab malam pun.”

Seterusnya dia menyatakan bahawa ada jarak Halal di dalam videp tersebut. Oleh sebab itu dia meminta netizen berfikiran terbuka dan jangan membawa peerangai kekampungan ke dalam platform Threads.

Dia menambah: “Kalau perasan ada ‘Halal gap’ antara laki dan perempuan.

“Open minded sikit boleh? Perangai kampung tu jangan bawa datang threads ok.”

Dakwa Ada 'Halal Gap', Wanita Ini Pertahan Tindakan Menari Di Konsert Hujan, Bukannya Kelab Malam