Seorang peniaga popia pisang yang dia sebut sebagai popis sebelum ini menawarkan makanan itu percuma kepada ibu yang mengandung yang berkunjung ke gerainya.

Malah dalam video promosinya di TikTok peniaga bernama Shafiq menyatakan bahawa ibu mengandung tidak perlu beratur, cuma perlu memaklumkannya dan mereka akan dilayan terlebih dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@_shafiqnizam

Alhamdulillah syukur 🤲🏻❤️ #capiklalat

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Namun begitu Shafiq berdepan dengan seorang wanita mengandung yang mahu membeli 5 popis untuk dia dan ahli keluarganya yang lain.

Ketika membayar Shafiq mengecualikan bayaran untuk 1 popis tersebut. Dan wanita itu tidak berpuas hati dan tidak mahu membayar makanan itu.

Dan mempersoalkan, bukankah ibu mengandung mendapat makanan percuma?

Shafiq menjelaskan kepada wanita itu bahawa dia sudah mengecualikan bayaran untuk 1 popis untuk wanita tersebut dan dia hanya perlu membayar 4 yang lagi sahaja.

Shafiq berkata: “Memang saya beritahu, ibu mengandung kalau datang dapat percuma, Kalau akak [yang mengandung] datang dengan suami dan beli dua, saya akan beri 1 secara percuma. Maksudnya yang percuma itu bahagian akak.

Wanita itu terus berkeras tidak mahu membayarnya.

Shafiq menyambung: “Lepas tu dia cakap, ‘eh awak cakap percuma?’ Saya dah jam dah, tak tahu nak buat apa. Dan saya jelaskan memang bagi satu sahaja percuma untuk ibu mengandung.”

“Akak tu cakap kenapa tak beritahu awal awal.”

Oleh kerana tidak mahu bertegang urat di situ, Shafiq memutuskan untuk memberikan kesemua 5 popis percuma.

“Saya pun diam, dan saya cakap, akak ambil sahajalah semua. Saya cakap begitu sahajalah,” tegas beliau.

Video tersebut menarik perhatian netizen. Di mana ramai menganggap wanita itu jenis suka mengambil kesempatan. Ada yang mengatakan bahawa inilah maksudnya diberi betis nak peha.

Mana mana kedai akan mengamalkan polisi yang sama jika ada tawaran percuma kepada mereka yang tertentu termasuk yang menyambut harijadi dan sebagainya.

Kemudian ada yang berkata, jika ada 1o ibu mengandung datang kedai buat peranagi sama, boleh rugi dibuatnya.

Ada juga menyindir minta akak tersebut agar meminta satu kedai itu sekali jadi miliknya.