Jika dahulu nak kenyang dan dapat makanan dan minuman harga berbaloi, pasar malam adalah tempatnya.
Namun, pada saban hari ramai orang yang mengeluh dengan harga makanan yang dijual tidak setanding dengan penawarannya. Hal ini malah dibangkitkan sendiri oleh seorang pelancong wanita Nigeria yang datang ke sini di mana merasakan perkara yang sama.
Menerusi akaun TikTok bernama Owen Claire, dia mendapati pasar malam pada hari ini mempunyai suasana yang sangat berbeza berbanding sebelumnya.
Menurutnya, dari segi harga sudah menyamai seperti beli di kedai ternama dan juadah tempatan pula digantikan dengan makanan budaya dari negara lain.
“Malaysia sudah kehilangan budaya. Pasar malam sudah tidak rasa seperti pasar malam lagi. Semua benda dijual dengan harga terlamapu mahal sudah seumpama di Jaya Grocer,” luahnya.
Dalam pada itu, juadah yang dijual seperti kek keju dan cokelat mula menggantikan karipap sementara shawarma perlahan-lahan menggantikan roti tambahnya lagi.

Keluhan wanita itu menjadi perbincangan hangat di platform TikTok dan meraih pelbagai reaksi.
Ramai yang setuju dengan kenyataan wanita itu yang mana mereka turut merasakan perkara yang sama dan paling ketara harga jualan sudah berlipat kali ganda sehinggakan di satu gerai sahaja perlu berbelanja RM20.


Bagaimanapun, segelintir netizen mendedahkan ada sesetengah negeri yang masih mengekalkan budaya pasar malam seperti dahulu kala terutamanya di Kedah, Perlis, Terengganu, Pulau Pinang dan Kelantan.
Sementara itu, ada yang melihat menjual makanan dari budaya lain bukanlah satu isu yang besar kerana wujud sebahagian individu yang mahukan kelainan berbanding makanan tradisional semata-mata.