Seorang wanita terpaksa berputih mata apabila wang berjumlah RM1.18 juta lesap dalam sekelip mata. Beliau yang berusia 55 tahun dilaporkan telah menjadi mangsa terbaharu ‘Macau Scam’.

Menurut laporan FMT, wanita itu telah memindahkan wang daripada KWSP dan akaun banknya masing-masing berjumlah RM881,000 dan RM300,000 ke dalam tiga akaun bank baharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Wanita tersebut dikatakan telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali dari Putrajaya. Dia kemudiannya bercakap dengan dua orang yang mendakwa sebagai “Sarjan Wong” dan “Inspektor Khoo” dari Kota Kinabalu, yang mendakwa dia disiasat kerana terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Beliau diberitahu bahawa Bank Negara ingin menyemak dananya dan dia dikehendaki memindahkan wang itu ke akaun bank baharu untuk siasatan,” lapor Pesuruhjaya Polis Sarawak, Azman Ahmad Sapri dalam satu kenyataan.

Azman berkata, mangsa panik dan membuka tiga akaun bank di Bintulu pada 23 Mei dan 9 Jun lalu dan memindahkan wang tersebut.

Dia juga diarahkan untuk memberikan bukti perbankan dalam talian kepada “Inspektor Khoo”, dan turut diminta untuk memusnahkan serta membuang tiga kad ATM tersebut.

Dia menyedari ditipu selepas memberitahu suaminya yang menghubungi bank dan mendapati beberapa pemindahan wang berjumlah RM1.18 juta telah dibuat daripada tiga akaun banknya ke akaun atas nama orang yang tidak dikenali.