Filem Thunderbolts mendapat pujian yang melambung dan menariknya nama Malaysia menjadi bualan hangat di media sosial kerana ada babaknya dirakam di beberapa lokasi ikonik Malaysia.

Di dalam salah satu babak yang mendebarkan di mana sebuah banggunan tinggi meletup secara tiba-tiba di tengah ibu kota Kuala Lumpur memperlihatkan segerombolan ‘orang awam’ yang berlari lintang-pungkang untuk menyelamatkan diri daripada terkena serpihan letupan.

Ramai berminat nak tahu

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan pelakon tambahan yang bertuah terpilih untuk turut serta di dalam babak filem arahan Marvel Studios, yang mana menjadi satu penghormatan dan bolehlah tayang di dalam portfolio untuk projek di masa depan kelak.

Akhirnya salah seorang pelakon ekstra bernama Masniza Manan mulut pengalaman berlakon di samping pelakon Hollywood iaitu Florence Pugh yang juga watak utama dalam filem Thunderbolts.

Di dalam video yang dikongsikan, dia memperlihatkan notifikasi yang menyatakan dirinya terpilih menjadi pelakon latar belakang di dalam sebuah filem US.

thunderbolts
Sumber Gambar: TikTok

Difahamkan seramai 600 orang yang pergi casting untuk menjadi pelakon latar belakang untuk Thunderbolts yang tidak dinyatakan pada awal pengambaran.

“Memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata yang tepat,” luahnya.

Dia percaya mungkin ramai tidak memahami perasaannya yang sangat terharu dapat terlibat di dalam pengambaran babak bangunan meletup tersebut.

thunderbolts
Sumber Gambar: TikTok

Tetapi sayang sekali, babak yang ditayangkan pada ketika itu berpaling dari pandangan video sekaligus hanya dapat sosok tubuh wanita itu sahaja.

Dia juga bercerita pengalaman yang cukup luar biasa apabila bukan sahaja boleh berganding dengan bintang utama filem itu malahan dapat melihat dengan lebih sedekat beberapa inci sahaja di dalam dunia sebenar.

“Rasa macam tak percaya pun yer bila dapat tengok Florence Pugh duk lalu lalang depan mata beberapa inci je masa rehersal scene ni (merujuk kepada babak bangunan meletup),” ujarnya.

Selain itu, wanita berpendapat inilah sesuatu yang sangat berharga di mana dapat bekerjasama dengan produksi filem antarabangsa dan mereka tampil profesional di dalam atur kerja.

Menjawab persoalan bagaimana penawaran lakonan ekstra dibuat oleh syarikat produksi, wanita itu mendedahkan penawaran itu ditemui menerusi siaran pencarian pelakon ekstra untuk filem US di Facebook.

Jadi, dia tidak mengetahui filem apa yang telah dihasilkan sehinggalah setahun kemudian dimana selepas trailer Thunderbolts mulai diperlihatkan kepada umum.

Boleh dikatakan mereka sangat berahsia dalam perihal itu sehinggakan sesiapa yang terpilih untuk menjadi ekstra turut tidak dimaklumkan sebarang maklumat berkenaan rakaman yang dilakukan.

Ramai menyoal mengapa tidak mengambil gambar dengan bintang Hollywood itu memandangkan sudah bertemu sewaktu pengambaran namun hanya disambut dengan sifat profesionalisme di dalam urusan kerja dan telefon pintar pun sudah disimpan oleh pihak produksi.

Jadi, dia berpendapat ia sebagai memori indah sahaja yang tidak boleh digambarkan dalam bentuk fizikal sebagai bukti.

Berkaitan gaji pula, dia tidak dapat berkongsi dengan terperinci kerana di dalam perjanjian menetapkan ia sebagai sulit bagaimanapun dakwanya cukup lumayan walaupun tugas sebagai ekstra sahaja.

thunderbolts
Sumber Gambar: TikTok

Dia juga berterima kasih dengan syarikat casting Malaysia yang telah menjayakan dengan baik sepanjang pengambaran filem Thunderbolts di sini.

@masniza.manan2

Replying to @alexunderhamilton Boleh cuba cari kat sini, kat bebenang, kat aiji. Tengok video sampai habis tau. Semoga membantu ☺️… #pelakonsambilan #pelakontambahan #pelakonextra #talent #actor #actress #model #pengacara #livehost

♬ Come Check This (Quickie Edit) – FETISH

Terbaharu, dia ada berkongsi dengan lebih terperinci cara mendapatkan peluang penawaran bekerja dengan produksi filem-filem di luar sana dan kriteria yang diperlukan untuk diterima ujian casting selepas itu.