Seorang wanita di VivoCity, Singapura geleng kepala apabila melihat seorang ibu dengan tenang tukar lampin anaknya di tengah-tengah medan selera.
Menurut Mothership, insiden ini berlaku pada 29 November sekitar jam 7:30 malam di medan selera Kopitiam VivoCity.
Seorang pelanggan bernama Charminn Ngiam memberitahu bahawa dia terkejut apabila melihat seorang ibu secara terbuka menukar lampin anak lelakinya di meja makan.
Ngiam menyaksikan wanita itu menggunakan tisu basah untuk membersihkan bahagian punggung anaknya, malah dilaporkan dengan tenang membuka bahagian tersebut seluas-luasnya untuk memastikan ia bersih.
Semua ini berlaku di hadapan pelanggan lain yang sedang menikmati makanan mereka.
Tidak mampu menahan rasa jijik, Ngiam memaklumkan perkara itu kepada salah seorang vendor gerai di situ, yang kemudian memanggil pengurus medan selera.
Beberapa minit kemudian, pengurus tersebut tiba dan memberi amaran tegas kepada ibu tersebut agar tidak melakukan perkara sedemikian.
Namun, sebelum sempat ditegur, wanita itu selesai membersihkan anaknya.
Lebih mengejutkan, menurut Ngiam, wanita itu tidak mencuci tangan selepas menukar lampin.
Namun, bau najis dikatakan tersebar ke seluruh kawasan medan selera, membuat rasa kurang senang dalam kalangan pelanggan.
Apabila ditanya mengapa Ngiam tidak menegur ibu tersebut, dia menjelaskan bahawa dia merasa bahawa bukan dia yang sepatutnya menegur kelakukan ibu tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli-belah.
Insiden ini, yang dikongsi dalam kumpulan Facebook Complain Singapore, mencetuskan kemarahan ramai netizen.
Ramai mengecam tindakan ibu tersebut yang dianggap tidak menghormati orang lain dan tidak menjaga kebersihan.
Namun, terdapat segelintir yang tampil mempertahankan wanita itu, dengan alasan bahawa tandas terdekat dari medan selera itu berada sekitar 100 meter jauhnya atau di tingkat atas, yang mungkin menyukarkan ibu itu untuk bertindak lebih sesuai.