Sejak 3 hari yang lalu, satu video tular memaparkan seorang wanita yang berdiri di hadapan sebuah kereta Proton Wira dan dilihat menghalang kereta itu daripada bergerak di Port Dickson.

Video itu menerima pelbagai respons daripada netizen dan ramai yang turut meninggalkan komen ibarat mempersendakan perbuatan wanita tersebut.

Baca Juga:

Wanita berkenaan yang berusia 32 telah tampil bersama suaminya yang berusia 58 tahun di Balai Polis Port Dickson hari ini, selepas video aksinya yang dirakam pengguna jalan raya lain tular di media sosial

Berdasarkan laporan Harian Metro, wanita itu bertindak demikian kerana risaukan kesihatan suami yang memandu kereta terbabit.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh wanita berusia 32 tahun itu yang tampil bersama suaminya yang berusia 58 tahun di Balai Polis Port Dickson semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pasangan warga Indonesia itu tampil ke balai polis untuk memberikan penjelasan selepas menyedari mengenai video yang tular itu.

Mengulas lanjut, katanya, lelaki yang memandu Proton Wira terbabit dikatakan baru sahaja mendapat rawatan di Hospital Port Dickson akibat pelbagai penyakit dan isterinya sudah menasihati supaya tidak keluar dari rumah kerana risaukan akan kesihatannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, lelaki terbabit tidak menghiraukan larangan itu dan tetap keluar dari rumah mereka di sini untuk ke rumah anak mereka di Teluk Kemang.

Wanita berkenaan telah membonceng motosikal ditunggang jiran sebelum menemui suaminya di persimpangan lampu isyarat. Justeru itu, wanita berkenaan telah cuba memberhentikan kereta suaminya itu.

Pasangan terbabit juga telah memohon maaf selepas menyedari aksi mereka itu boleh mengundang bahaya buat diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber