Tindakan seorang wanita warga Indonesia yang bergurau kononnya membawa bom dalam begnya membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di Bayan Lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 33 tahun itu ditahan pada 4.30 petang selepas dia bergurau dengan menyebut ada bom ketika pemeriksaan barang dalam begnya di kaunter daftar masuk LTAPP.
Baca Juga:
- Pernah Tinggal Di Lapangan Terbang Perancis Selama 18 Tahun, Lelaki ‘The Terminal’ Meninggal Dunia
- ‘Baru Pertama Kali Naik Kapal Terbang Ke?’ – Netizen Tegur Mat Saleh Yang Berang Dengan Sistem Di KLIA
- Maki Dan Mencarut Kepada Petugas Secara Tiba-Tiba, Tindakan Biadab ‘Karen’ Ini Cetus Kemarahan Netizen
“Wanita yang bekerja sebagai operator kilang di Ipoh, Perak menyebut dengan lantang ‘ada bom’ sehingga didengari kakitangan di kaunter itu dan orang lain yang sedang menunggu untuk mendaftar masuk penerbangan di lapangan terbang tersebut.
Seorang wanita warga Indonesia bergurau dengan petugas lapangan terbang ketika pemeriksaan, memberitahu ada bom dalam beg.
Dia kemudiannya ditahan polis dan reman selama 2 hari 😆.
Guys, anywhere in the world, you don't simply say 'bomb' when you're in the airport. Never. https://t.co/bPaDcCi2nE
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) December 31, 2022
“Semasa kejadian wanita itu bersama dua rakannya dijadualkan menaiki penerbangan ke Medan, Indonesia pada 5.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya wanita itu kini direman sehingga 31 Disember dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.