Umat Islam kini menjalani ibadah wajib berpuasa di bulan Ramadan. Sementara muslimin dan muslimat sedang menghadapi dengan tenang, ada pula anasir luar yang cuba sedaya upaya untuk mengganggu perjalanan ibadah puasa ini.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai berbangsa Yahudi yang menetap di Iran meluahkan hasratnya yang mahu membatalkan puasa seramai mungkin di kalangan penganut Islam pada kali ini.

“Saya akan memuat naik gambar makanan dan minuman yang lazat setiap hari selama sebulan (bukan masakan saya sendiri, tetapi wain itu milik saya).

“Saya juga akan memuat naik gambar wanita tanpa pakaian, kerana ia sangat haram untuk dilihat oleh orang Islam dan mereka perlu membatalkan puasa mereka,” ciapnya di platform X.

Bagaimanapun, usaha wanita yahudi itu dalam membatalkan puasa umat Islam hanya menjadi jenaka oleh netizen tempatan kerana merasakan ia merupakan sesuatu yang bodoh.

Hal ini kerana rakyat Malaysia secara khususnya berkata yang mereka sudah lali dengan perkara itu malahan merasa biasa sahaja kerana kita sering dihidangkan dengan video dan resepi untuk membuat juadah atau minuman berbuka puasa pada saban hari.

” Dia ingat senang je org nak buka puasa. Iman orang Islam ni tak laa nipis mcm kulit bawang,” luah seorang netizen tempatan.

Ramai malah berseloroh menyatakan sudah biasa menonton video KhairulAming di siang hari tanpa terasa iman tergugat dalam menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Hatta, bercakap tentang melihat gambar perempuan seksi pun, ia masih belum dikira membatalkan puasa seseorang selagi ia tidak disengajakan.

Agak lawak juga melihat kerenah sesetengah individu yang menyangka umat Islam akan mudah tergoda dengan trik murahan sebegini dengan harapan akan membatalkan puasa dengan sengaja.