Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan mulai tahun hadapan para guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak perlu lagi menjadi warden untuk menjaga pelajar.
Menurut beliau, 58 MRSM akan ada warden sepenuh masa dikalangan bekas anggota beruniform, kongsi beliau di platform Threads.
Baca Juga:
- MARA Ambil Bekas Pegawai Tentera, Polis Jadi Warden MRSM

- Dr Asyraf Wajdi Kongsi 5 Sebab Bekas Tentera Lebih Layak Jadi Warden Sepenuh Masa

“Bermula tahun depan semua 58 MRSM akan ada warden sepenuh masa dikalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA.
“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” kata beliau.

Menerusi maklum balas daripada netizen, majoriti menyambut baik pengumuman tersebut.
“Masya-Allah Dato. Terima kasih banyak-banyak untuk berita ini. Sebagai Ketua Jabatan (HOD) merangkap warden, ia memang sangat memenatkan. Alhamdulillah. Akhirnya.
“Ini adalah satu langkah yang baik dan wajar disokong. Warden sepenuh masa boleh mengendalikan disiplin dan pengurusan asrama dengan lebih berkesan, manakala guru pula boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran. Peranan yang jelas, beban yang berkurang, dan hasil yang lebih baik untuk pelajar.
“Satu inisiatif yang wajar dipuji. Pemisahan tugas akademik dan pengurusan asrama adalah kunci kepada kesejahteraan emosi guru dan kemenjadian pelajar yang lebih holistik. Dengan adanya pemilihan ketat dan latihan Falsafah Pendidikan MARA, kualiti sahsiah pelajar di MRSM pasti akan lebih terjamin di bawah seliaan mereka yang pakar dalam bidang disiplin. Terima kasih Dr.